Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Apam Senang Sangat Confirm Jadi

Apam secara mudah ialah sejenis masakan atau kuih yang gebu yang lazimnya dikukus untuk menghasilkan rasa gebunya yang amat sedap itu. Lazimnya bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan apam ialah tepung gandum,tepung beras, malah nasi juga boleh digunakan dalam membuat apam. Selain dari itu ia juga memerlukan bahan untuk menaikkan tahap kegebuan didalam apam seperti yis,ovallete malah eno juga.

Apam yang biasa kita dapati di Malaysia ialah jenis manis , namun terdapat juga apam berbentuk savori iaitu dimakan bersama kuah kari seperti yang diamalkan oleh masyarakat di India. Ada pelbagai jenis apam yang akan dikongsikan didalam koleksi ini.

Kami akan kongsikan kepada anda sepuluh resepi apam yang sangat biasa didapati dinegara kita dan banyak dijual digerai yang menjual kuih muih ini. Jom lihat apakah resepi-resepi tersebut

1) Resepi Apam Tepung Gandum

Resepi ini merupakan resipi apam yang biasanya dihidangkan sebagai sarapan pagi. Ia telah dikongsikan oleh Adibah Haripin di laman sosial Facebook miliknya.  Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam resepi ini ialah seperti tepung gandum,tepung beras dan juga yis. Paling enak ia dinikmati bersama kelapa parut dan bagi anda yang ingin buat sendiri apam ini berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan – bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 cawan gula putih
  • 1/2 sdk garam
  • 1 paket yis 11g
  • 3 cawan air

Cara – cara memasak:

  • Masakkan gula merah,gula putih,garam,air sampai larut.
  • Sediakan tepung gandum dan tepung beras.
  • Kemudian tapis air gula terus ke adunan tepung tadi.
  • Tunggu air gula sehingga sejuk, gaulkan sampai sebati.
  • Akhir sekali, letakkan yis.
  • Gaulkan dan ratakan semua, pastikan adunan tidak pekat dan tidak cair.
  • Perapkan selama 45 minit sehingga 1 jam(sampai naik kembang).
  • Tuangkan adunan yang kembang tadi terus ke loyang 10 inci yg dah disapu minyak.
  • Jangan kacau adunan. Apabila kembang, terus tuang ke loyang.
  • Kukus selama 45 minit.
  • Siap!

Nota: Resepi ini untuk loyang 10 inci.

2) Resepi Apam Pisang Tanpa Telur

Resepi berikut telah dikongsikan oleh Raffizah Redzwan dan ramai yang telah shares dan likes di Facebook beliau. Ia adalah resepi apam pisang tanpa menggunakan telur. Ianya adalah antara resepi apam yang paling mudah untuk disediakan.Apam ini sentiasa mendapat permintaan kerana ia amat sedap dan bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan – bahan:

  • 2 cawan pisang lenyek
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu soda bikarbonat
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan gula

Langkah – langkah penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan.
  2. Gaulkan bahan sehingga sebati.
  3. Guna acuan kukus selama 10 minit, jika guna loyang kukus selama 40 minit.

3) Resepi Apam Warna Warni

Resepi seterusnya adalah resepi apam yang menggunakan nasi dan yis sebagai bahan utamanya. Apam ini diwarnakan dengan warna makanan untuk menaikkan lagi selera dan rupanya, jika anda tidak pernah mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan A (kisar)

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 ½ cawan air
  • 1 ½ cawan gula pasir 
  • 1 sudu teh garam

Bahan B (kering)

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 sudu teh garam 

Bahan lain

  • Kelapa parut (putih ) 
  • Secubit garam
  • *Gaul kedua bahan.

Kaedah

  • Mula kisar nasi,gula,garam bersama 2 ½ cawan air.
  • Kemudian satukan bahan B.
  • Tambah bahan A kepada bahan B.
  • Tambah sikit-sikit dan kacau sebati.
  • Kemudian warnakan adunan kepada beberapa warna pilihan hati.
  • Rehatkan 2-3 jam.
  • Panaskan pengukus.
  • Masukkan adunan kedalam acuan lompang.
  • Gris acuan sebelum digunakan.
  • Kukus 15 minit sahaja.
  • Selepas itu, keluarkan apam dan gaulkan ia bersama kelapa parut yang telah ditambah garam.

4) Resepi Apam Eno

Resepi seterusnya ini adalah perkongsian dari Sunaah Miskam di media sosial milik beliau dan mendapat banyak likes!Ia adalah cara untuk menyediakan apam menggunakan eno dan tapai , selain daripada menggunakan yis anda juga boleh menggunakan eno sebagai bahan untuk menaikkan apa menjadi lebih gebu dan menarik. Jika anda ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang boleh anda dapatkan di kedai berdekatan.

Bahan – bahan:

  • 3 cwn tepung beras
  • 2 cwn air
  • 1 cwn gula
  • ½ cwn tapai nasi
  • 1 paket eno original
  • Pewarna

Cara – cara memasak:

Tapai nasi:

  1. Nasi digaul sejuk bersama ragi.
  2. Masukkan kedalam bekas kedap udara.
  3. Perap sehingga 2 hari.

Apam eno:

  1. Kisarkan tepung beras, air, gula bersama tapai nasi.
  2. Masukkan kedalam bekas kedap udara dan perap selama 3 ke 4 jam.
  3. Masukkan eno dan gaul sehingga sebati.
  4. Kukus selama 15 minit.
  5. Siap!

5) Resepi Apam Polkadot

Resepi berikut pernah menjadi resepi viral beberapa tahun yang baru. Ia adalah perkongsian oleh Edda Elvira Ahmad dan mendapat banyak shares serta likes di media sosial. Resepi ini seperti apam biasa tetapi dihias menjadi lebih menarik dengan corak polkadot. Jika anda tidak pernah mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan agar anda dapat buat sendiri apam ini.

Bahan – bahan:

  • 280gm tepung gandum
  • 3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
  • 220gm gula halus (anggaran 1 cawan)
  • 150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu makan ovalette**
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • **Filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
  • Pewarna

Langkah – langkah penyediaan:

  1. Kacau telur hingga kembang kemudian masukkan gula dan kacau dengan kelajuan maksimum hingga sebati.
  2. Masukkan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul lagi dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
  3. Selepas itu masukkan esen vanila, tepung dan baking powder (yang telah diayak) dan susu sedikit demi sedikit dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
  5. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
  6. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
  7. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
  8. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
  9. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

6) Resepi Apam Kampung

Resepi apam kampung ini adalah antara resepi yang mudah untuk anda sediakan sendiri. Ia menggunakan bahan yang sangat minima dan paling sedap dia dimakan bersama kelapa parut. Seterusnya adalah bahan-bahan yang diperlukan bagi anda yang ingin mencuba resepi ini.

Bahan 1

  • 1/2 cawan gula merah
  • ¼ cawan gula halus
  • 1 helai daun pandan
  • 1 cup cawan air
  • Masak semua diatas tapis dan sejukkan

Bahan 2

  • ½ peket Yis (saiz 11g )
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu teh gula
  • Campur semua bahan hingga ia berbuih

Bahan 3

  • 2 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Secubit baking powder

Kaedah

  • Masukkan bahan 1 kedalam bahan 3, kacau rata.
  • Masukkan bahan 2, perlahan kacau hingga semua bahan sebati.
  • Tutup bekas dan buarkan bahan naik sekurang-kurangnya selama satu jam.
  • Selepas itu masukkan ia kedalam loyang bersaiz 8” .
  • Barulah panaskan pengukus sehingga air mendidih.
  • Kukus adunan tadi selama 20 minit.
  • Apabila telah senuk, barulah potong dan jamulah ia bersama kelapa parut yang telah ditambah dengan sedikit garam.

7) Resepi Apam Gula Hangus

Resepi seterusnya ini adalah cara untuk menyediakan apam menggunakan gula hangus. Gula hangus ada lagulah yang dimasak sehingga menjadi warna hitam sebelum dicampur air. Ia digunakan dalam resepi ini bagi memberi kelainan kepada rasa dan rupanya daripada apam yang biasa kita makan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar  susu pekat
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 ½ cawan tepung gandum

Kaedah

  • Mula-mula masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau hingga gula cair sepenuhnya. Tapis dan sejukkan.
  • Kisar telur,susu,minyak dan marjerin.
  • Masukkan soda bikarbonat dan kisar lagi.
  • Kemudian masukkan gula hangus dan tepung dan kisar sebati.
  • Masukkan ke dalam jug kecil tuk memudahkan tuang dalam acuan lompang.
  • Panaskan kukus dengan api yang sederhana dan kukus hingga masak 10-15 minit bergantung saiz acuan.
  • Hidangkan ia bersama kelapa parut yang telah digaul bersama secubit garam.

8) Resepi Apam Kartun Unicorn

Resepi berikut adalah resepi apam yangdikongsi oleh Amnah Hj Abdullah di laman Facebook Ia adalah apam yang dihiasi dengan watak kartun unicorn. Resepi ini yang dikongsi ini adalah salah satu cara untuk menghias apam menjadi lebih menarik terutamanya menarik bagi kanak-kanak. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan Untuk ±50 Biji Apam :

  • 3 biji telur ayam gred A (sejukkan),
  • 1 cawan gula halus (blend gula kasar),
  • 2 setengah cawan tepung naik sendiri (MFM),
  • 200 ml susu full cream (jangan yang sejuk)
  • 1 sudu besar ovallete,
  • 1 sudu teh perisa atau esen vanilla,
  • *Guna cawan biasa untuk minum petang.

Cara-cara :

  1. Asingkan putih dengan kuning telur.
  2. Pukul putih dulu sampai kembang, jika sudah kembang masukkan kuning telur.
  3. Jika sudah sebati masukkan gula. Masa ini boleh kacau kelajuan tinggi tapi bila sudah letak ovallete jangan high speed lagi untuk elakkan bancuhan mengembang dan jadi kental, susah lukis.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan susu selang seli. Susu jangan tuang semua terus, tengok dulu kalau bancuhan elok kepekatannya tidak payah tuang habis, sebabanya telur tidak sama pun size setiap kali beli.
  5. Terus masukkn perisa atau esen vanila.
  6. Jika sudah siap lukis kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit tengok saiz periuk kukus.

9) Resepi Apam Pisang

Resepi berikut adalah resepi perkongsian daripada AtiQah AZiz di laman Facebook, ia adalah cara membuat apam pisang menggunakan telur. Apam ini menggunakan bahan-bahan yang sangat mudah untuk didapatkan seperti  pisang emas, tepung gandum, baking powder, susu manis dan gula. Manakala cara menyediakan ia juga adalah sangat mudah. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • 1 ½ cawan tepung gandum,
  • 1 cawan gula,
  • 1 cawan minyak masak,
  • 1 cawan pisang emas yang dilenyek,
  • 1 sudu besar susu manis,
  • 1 biji telur,
  • 1 sudu kecik baking powder,
  • 1 sudu kecik soda bicarbonate.

Cara-cara :

  1. (Adunan basah): Blend telur dan gula sampai kembang selama 1 minit.
  2. Kemudian masukkan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang ½ minit.
  3. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonat.
  4. Jika kedua-dua bahan suda siap, campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
  5. Masukkan adunan dalam acuan sebanyak ¾. Guna acuan apapun boleh.
  6. Terus kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakkan air masuk ke dalam adunan.
  7. Apabila sudah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk.
  8. Biarkan selama 1-2 minit baru angkat apam dari periuk.
  9. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.

10) Resepi Kek Apam Susu

Resepi terakhir di dalam koleksi kali ini adalah perkongsian dari Wanie Ramli‎ di facebbok. Ia adalah apam yang dibentuk seperti kek dan  bahan-bahan yang digunakan di dalam resepi ini adalah seperti mana apam yang biasa. Cuma  bezanya ia menggunakan loyang kek yang sedikit besar sebagai acuan lompang. Resepi ini sangat menarik dan anda seperti haruslah mencubanya dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • 4 biji telur gred A,
  • Susu pekat 4 sudu besar,
  • Gula 1 cawan (boleh kurangkan jika tidak suka manis sangat),
  • Esen vanilla 1 sudu teh kecil,
  • Ovelette 1 sudu besar,
  • Tepung gandum 2 cawan diayak.

Cara-cara :

  1. Blend telur, susu, gula, esen vanilla dan ovelette sampai kembang.
  2. Kemudian tuang ke dalam bekas dan masukkan sedikit-sedikit tepung gandum yang diayak tadi. Kacau sehingga sebati.
  3. Asingkan dalam 3 atau 4 bekas. Warnakan ikut warna kesukaan.
  4. Masukan dalam loyang secara selang seli untuk dapatkan corak seperti gambar.
  1. Panaskan periuk kukus sehingga air mendidih. Kemudian kukus selama 40 menit atau sehingga masak.
  2. Jangan lupa sapukan marjerin pada loyang. Untuk elakkan kek melekat pada acuan.

Itulah dia sepuluh resepi apam yang dapat kami kongsikan disini. Apam ini amat sesuai dinikmati semasa sarapan pagi atau minum petang. Ia merupakan antara kuih yang sihat kerana teknik penyediannya ialah mengkus oleh itu ia tidak berminyak dan sesuai jika anda sememangnya penggemar masakan berkukus.Jangan lupa untuk  bungkus penutup pengukus dengan kain agar air tidak menitik diatas apam.

Apapun diharap anda akan mencuba sendiri resepi-resepi didalam koleksi ini bagi mencari idea sebagai hidangan keluarga anda. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *