Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Panggang Perencah Nasi Goreng Adabi

author name

Resepi kali ini merupakan resepi viral yang patut dicuba. Terutama bagi peminat ayam dan masakan ringkas. Dalam resepi ini bahan yang digunakan amat ringkas dan amat mudah untuk didapati. Adabi mengeluarkan banyak perencah-perencah yang boleh membantu kita dalam menyediakan hidangan. Namun perkongsian kali ini menggunakan perencah nasi goreng untuk membakar ayam. Kebiasaannya perencah nasi goreng menggunakan bahan yang sama seperti membuat perapan ayam jadi rasanya tidaklah jauh berbeza namun bagi yang ingin mencuba berikut adalah bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • Ayam (saya gunakan bahagian whole leg)
  • Perencah nasi goreng adabi (sukatan ini mengikut kuantiti ayam tapi lebih banyak lebih sedap)
  • Serai dan halia (kisar sama)
  • Gula dan garam secukup rasa

Kaedah

  • Bersihkan ayam potong kalau perlu
  • Letak ayam didalam bekas yang sesuai
  • Tuang perencah nasi goreng adabi
  • Tambah bahan kisar (ini pilihan kalau tak nak pun tak pa)
    Garam dan gula secukup rasa.
  • Perap beberapa jam sebelum dibakar atau anda boleh juga masak guna air fryer.
  • Siap!

Oleh kerana perencah ini adalah untuk nasi goreng dan pada saya rasa ianya kurang masin saya tambahkan sedikit garam. Serai dan juga halia saya tambah untuk aroma tapi jika anda tidak gemar atau ingin cepat anda boleh gunakan pes perencah ini sahaja. Selain dari dibakar anda juga boleh masak dengan menggunakan air fryer. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.