Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Teriyaki Makanan Jepun Yang Paling Senang

Resepi kali ini merupakan sebuah masakan dari Jepun. Teriyaki membawa maksud dari dua gabungan perkataan iaitu ā€˜Teriā€™ bermaksud kilatan dari proses karamel gula dalam sos perapan, ā€˜Yakiā€™ pula bermaksud cara memasak dengan memanggang atau menggoreng.

Sungguhpun ia adalah masakan Jepun namun begitu ia dengan mudah dapatĀ  menambat hati masyarakat Malaysia. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan:

  • 2 keping dada ayam
  • 1/4 cawan kicap soya cair
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 1 sudu besar parutan halus halia
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar gula perang atau gula putih
  • sedikit minyak masak
  • bijan
  • daun bawang
  • cili merah, jika suka

Kaedah

  • Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
  • Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap soya cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula.Ā 
  • Perap selama 15 minit.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Ā 
  • Angkat dada ayam dan susun di dalam kuali. Ketepikan sos perapan kerana akan dimasak kemudian.
  • Biarkan ayam masak sebelah bawah dengan sedikit tanda grill, kemudian alihkan. Angkat setelah ayam masak.
  • Dalam kuali yang sama, masak sos perapan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Tambah sedikit air jika kuah terlalu kering.
  • Ā Tuang sos ke atas ayam tadi.
  • Taburkan bersama bijan yang disangai, daun bawang dan cili.
  • Ā Hidang bersama nasi putih panas.

Masakan seperti ini amat sesuai bagi mereka yang sedang mengamalkan diet untuk menurunkan berat badan. Ini kerana ia tidak menggunakan banyak minyak malah anda boleh anggarkan sendiri sukatan garam dan kicap mengikut selera anda. Selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!