Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Sizzling Cendawan (Lain daripada yang lain!)

Ayam Sizzling Cendawan selalunya boleh didapati di restoran Sizzling. Ianya jarang dibuat sendiri kerana kita rasa ianya sukar. Walaubagaimanapun, kali ini kami bawakan resepi ini khas buat anda semua.

Resepi Ayam Sizzling Cendawan ini dibuat supaya sesiapa sahaja boleh menyediakannya sendiri. Walaupun anda seorang amatur, anda juga boleh masak hidangan ini.

Resepi ini dikongsikan oleh Rarra Sakura dan mendapat banyak likes dan shares di Facebook!

Resepi Ayam Sizzling Cendawan

Resepi-Ayam-Sizzling-Cendawan
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ekor ayam (potong kecil)
  • 3 cawan air
  • 10 tangkai cili kering (potong) *
  • 5 tangkai cili api (ketuk) *
  • 8 ulas bawang putih (ketuk) *
  • 1 1/2 inci halia (ketuk) *
  • 1 biji bwg holland (hiris) *
  • 1 sb minyak (untuk tumis bahan bertanda *)
  • 6 sb sos tiram
  • 6 sb kicap manis
  • 6 sb kicap cair
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 biji kiub ayam/1 sk serbuk pati ayam
  • Lada sulah
  • Lada hitam
  • 4 sb tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • Garam
  • 1 sb gula
  • Cendawan

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda * tadi sampai naik bau .
  2. Goreng garing cili kering. Kemudian, masukkan ayam, goreng sehingga separa masak. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap cair dan minyak bijan secukupnya. Sukatan atas tu anggaran.
  4. Masukkan kiub ayam/serbuk pati ayam, lada sulah, lada hitam, garam dan gula secukupnya.
  5. Kemudian, masukkan cendawan tiram dan enoki. Biar masak elok.
  6. Agak-agak kuah sudah surut, masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  7. Kacau-kacau sedikit dan tutup api.
  8. Siap! Sediakan bersama sayur dan nasi tau yee mee.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!