Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Goreng Tepung Bersantan Kena Try Sekali

author name

 Resepi kali ini merupakan resipi yang menggunakan isi ayam yang digoreng bersama tepung, kemudian ianya dimasak seperti mana masakan buttermilk chicken. Hanya perbezaannya ialah ia menggunakan santan sebagai bahan atau sebagai kuahnya. Masakan unik  ini juga tidak kurang hebat dan ia juga sesuai bagi anak-anak kecil dan mereka yang tidak makan pedas. Didalam resepi ini ia menggunakan isi ayam, namun anda juga boleh menggunakan kepak ayam yang telah digoreng tepung, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan. 

Bahan-bahan

  • 3 keping dada ayam ( hiris dan ketepikan)
  • Tepung ayam bestari
  • Bawang putih (cincang)
  • Cili api (hiris)
  • Butter
  • Santan cair
  • Goreng isi ayam dan ketepikan.
  • Cairkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili api.
  • Apabila telah naik bau, masukkan santan cair.
  • Tambah garam dan serbuk perasa, akhir sekali tuang kedalam ayam yang telah digorneg tadi.
  • Siap! Sedap makan panas-panas!
  • ** sukatan adalah mengikut anggaran sendiri

Resepi ini menggunakan tepung goreng bestari, namun anda juga boleh menggunakan tepung beras yang ditambah dengan serbuk kari dan garam. Selain dari itu anda juga boleh mencelup ayam dengan telur sebelum salut dengan tepung agar ia lebih berkerak. Kuah santan yang digunakan memberi rasa yang lain macam sedap. Apapun diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *