Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Cordon Bleu Chicken Hidangan Mewah Masaknya Dirumah Je

author name

Resepi masakan barat kali ini merupakan antara hidangan yang sedikit rumit untuk disediakan. Ayam cordon bleu ini ialah daging ayam bahagian dada yang diketuk sehingga leper kemudian diisi dengan kepingan ayam atau daging dan juga keju. Kemudian ianya digulung dan lazimnya ia dicelup dengan telur sebelum dicelup pula dengan serbuk roti dan digoreng dengan minyak yang banyak.

Masakan ini banyak dihidang didalam restoran masakan barat, namun sebenarnya ianya tidaklah sukar untuk disediakan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 keping dada ayam saiz besar
  • 2 keping mozarella cheese slice
  • 2 keping chicken ham
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan salutan

  • Telur dan serbuk roti

Bahan salutan (versi sihat)

  • Telur dan serbuk parmesan dan serbuk kacang badam

Kaedah

  • Ambil sekeping dada ayam, lapik dan plastik dan ketuk hingga leper.
  • Kemudian tambah cheese slice dan kepingan chicken ham.
  • Gulung dada ayam hingga menjadi roll
  • Biarkan dada ayam dalam gulungan plastik sebentar
  • Celup dengan telur dan serbuk roti atau serbuk parmesan.
  • Grill didalam kuali leper dengan sedikit minyak.
  • Guna api yang sederhana supaya luarnya tidak rentung dan dalamnya tidak mentah.
  • Apabila telah masak, potong bulat sebelum dihidang.
  • Siap

Namun kali ini ayam cordon bleu digaul serbuk kacang badam mengantikan serbuk roti, ini bagi mengurangkan kandungan karbo namun terpulanglah pada citarasa anda. Hidangan ini amat sesuai dihidangkan secara bergaya terutama jika ingin menghidangkan masakan bertaraf restoran mewah kepada yang tersayang dirumah, selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.