Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis (Sedap Sangat!)

Tak ada idea nak masak apa hari ini? Tak mengapa, usah khuatir! Kami bawakan resepi yang unik buat anda semua! Resepi kali ini pasti dapat menarik minat keluarga yang tersayang untuk menjamu selera.

Resepi yang kami bawakan kali ini adalah resepi ayam goreng cili halia masam manis. Resepi ini amat mudah untuk disediakan jadi ianya amat sesuai untuk ibu – ibu yang sibuk.

Resepinya menggunakan bahan bahan yang amat ringkas dan boleh didapati di dapur anda. Resepi ini telah dikongsikan oleh Anyss Mohd Auranyss di laman Facebook milik beliau.

Resepi Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis

Ayam-Goreng-Cili-Halia-Masam-Manis
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 6 ketul ayam saiz sederhana (digoreng)
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 biji bawang putih*
  • 10 tangkai cili kering*
  • Sebatang serai (dititik)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • Sebiji bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 sdb sos cili
  • 1/2 sdb sos tiram
  • Gula perang
  • Garam

Cara – cara memasak:

  1. Bahan bertanda (*) dikisar bersama terlebih dahulu.
  2. Panaskan minyak masak, tumiskan kesemua bahan hirisan bersama serai sehingga kekuningan.
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar.
  4. Masukkan 1 sudu makan sos cili dan setengah sudu makan sos tiram.
  5. Masukkan setengah cawan air.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau.
  7. Masukkan gula perang dan garam.
  8. Kacau sehingga pekat.

Tips: Anda juga boleh masukkan bawang holland yang dimayang bersama cili merah dan lada benggala.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!