Resepi Ayam Rose Dahlah Sedap Senang Pulak

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang dijadikan sebagai hidangan makan utama. Lazimnya hidangan ini dijadikan sebagai menu menjelang keraian seperti hari raya atau majlis perkahwinan. Ayam masak rose ini dinamakan begitu kerana warnanya yang merah dan baunya yang sangat harum dan menyelerakan.

Antara bahan-bahan yang digunakan didalam masakan ini ialah serai daun pandan lengkuas iaitu bahan bahan yang memberi aroma menarik. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri berikut adalah bahan-bahan yang digunakan yang amat mudah untuk didapati.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (potong dan goreng tidak terlalu garing)

Bahan kisar

  • 1 labu bawang besar 
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 cm halia 
  • 1 cm lengkuas

Bahan lain 

  • 1 labu bawang besar (hiris bulat)
  • 2 batang serai ( ketuk )
  • 2 helai daun pandan simpul
  • 3-4 sudu makan cili giling/kisar 
  • 3-4 sudu makan sos tomato
  • 200ml santan pekat/susu cair
  • Buah tomato (belah 4)
  • Sedikit gajus 
  • Daun sup ( hiasan)
  • Sedikit gula melaka/gula
  • Minyak
  • Garam dan kunyit
  • Rempah 4 beradik 
  • Air 

Kaedah 

  • Ayam dicuci bersih, toskan dan perasakan ayam dengan garam kunyit, goreng dan ketepikan.
  • Tumiskan rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,pelaga), serai, daun pandan dan bahan kisar hingga garing.
  • Masukkan cili kisar dan gula tumis lagi hingga pecah minyak 
  • Masukkan sos tomato dan kacau sebentar
  • Masukkan ayam dan gaul sebati.
  • Masukkan susu cair, kacau lagi.Tambah air jika suka berkuah
  • Sesuaikan rasa
  • Masukkan hirisan bawang besar dan kacau sekejap.
  • Siap!

Hidangan ini amat sesuai bagi hidangan utama dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi hujan panas. Ia juga boleh dijadikan hidangan menyambut tetamu istimewa! Haa apa lagi jangan lupa untuk mencuba sendiri resepi ini ya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Penulis