Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Goreng Pandan Wangi Confirm Kalau Makan Teringat Ingat Weh!

author name

📄

Juadah ayam goreng pandan wangi merupakan hidangan yang berasal daripada Thailand. Ianya merupakan kombinasi yang menarik, iaitu ayam bersama dengan daun pandan yang menghasilkan aroma yang sangat enak serta rasa yang sangat menarik. Ianya juga enak dimakan begitu sahaja serta boleh dimakan bersama dengan makanan ruji rakyat Malaysia, nasi.

Ayam goreng pandan wangi ini juga sesuai dihidangkan kepada semua lapisan masyarakat. Ianya juga sangat mudah untuk disediakan dan seharusnya digoreng menggunakan kaedah deep-fry sehingga ayamnya kuning keemasan. Ayam goreng pandan wangi ini juga sangat lazat jika dicicah bersama sos Thai. Bahan – bahan untuk menghasilkan ayam goreng pandan wangi ini juga boleh didapati di pasaraya berdekatan.

Resepi ini dikongsikan oleh Raja Amanina dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jadi, ayuh kita lihat resepi ini!

Resepi Ayam Goreng Pandan Wangi

ayam goreng pandan
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Ayam Goreng Pandan:

  • 7 ke 8 ketul isi ayam
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil ketumbar (ditumbuk)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan gula/madu
  • Sedikit garam
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Daun pandan dan lidi secukupnya

Sos Ala Thai

  • 3 biji cili merah
  • 6 biji cili padi
  • 1 keping gula melaka
  • 1 sudu makan gula
  • 5 sudu makan sos ikan/kicap sotong
  • Daun ketumbar cincang halus
  • 3 ulas bawang putih cincang halus
  • 2 sudu makan cuka
  • Sedikit bijan
  • Setengah cawan air
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Cara – cara memasak:

Ayam Goreng Pandan:

  1. Perap ayam bersama bawang putih, lada hitam, ketumbar, sos tiram, kicap, gula, tepung jagung dan garam.
  2. Balut / bungkus isi ayam dengan daun pandan.
  3. Perap 2 ke 3jam atau semalaman lagi sedap!
  4. Goreng secara deep fry sehingga keperangan.
ayam goreng pandan 2
Imej via Facebook

Sos Ala Thai

  1. Kisar cili dengan sedikit air
  2. Tumis bawang putih&bijan hingga wangi
  3. Masukkan cili kisar
  4. Masukkan air, cuka, lemon, gula, kicap sotong
  5. Masak hingga mendidih dan masukkan tepung jagung
  6. Masak lagi hingga sos jadi sedikit jernih dan perasakan gula garam
  7. Taburkan daun ketumbar

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *