Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Masak Kerisik Versi Chef Zaidah Lazat Tak Terperi

Resipi ini merupakan resipi ayam yang sesuai untuk dijadikan menu dalam hidangan utama seperti makan malam ataupun majlis seperti kenduri.Ianya saya cuba dari koleksi resepi chef terkenal iaitu chef Zaidah.Penyediaannya amat ringkas dan bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati. Namun paling utama dalam masakan ini ialah kerisik, ia memberi aroma yang lebih sedap dan juga lebih berlemak. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (gaul dengan garam dan kunyit)

Bahan kisar

  • Cili merah
  • Cili kering (potong dan rebus dengan air panas dulu)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • 3 tbsp kelapa goreng 

Bahan lain

  • Serai (tumbuk pecah)
  • Daun salam
  • Gula merah
  • Asam keping
  • Santan kara 1 kotak kecil
  • Sedikit air
  • 1 pek kecil kerisik

Kaedah

  • Mula-mula gorengkan ayam dan asingkan sebentar.
  • Dengan guna minyak yang sama tumis bahan kisar tadi dan masukkan sekali serai, daun salam, gula merah dan asam keping.
  • Biarkan hingga ianya naik minyak dahulu kemudian masukkan garam, ajinomoto dan sedikit gula.
  • Selepas itu masukkan ayam, santan dan sedikit air.
  • Akhir sekali tambah kerisik dan biarkan kuah sedikit pekat.
  • Tutup api bila semua bahan sebati.
  • Siap!

Ayam masak kerisik ini tahan lama dan ayamnya juga tidak hancur seperti kebiasaan rendang, ini kerana ayamnya digoreng terlbeih dahulu. Berbeza dengan rendang masakan ini menggunakan daun salam tetapi rasanya tidak banyak berbeza berbanding rendang.Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.