Resepi Kerutuk Ayam Sesuai Dihidangkan di Musim Perayaan!

Oleh:

Kerutuk Ayam merupakan hidangan yang berasal dari Kelantan. Selalunya, ia dihidangkan pada musim raya ataupun pada majlis majlis keraian. Hidangan ini sesuai dihidangkan bersama dengan nasi putih. Walaupun ringkas, rasanya pasti dapat menaikkan selera sesiapa yang merasainya.

Kerutuk ayam ini mudah untuk disediakan. Bersama resepi yang dibawakan oleh kami, pasti anda boleh menyediakan hidangan ini di rumah. Hidangan kerutuk ayam ini menggunakan pelbagai rempah yang anda boleh dapati di pasaraya berdekatan anda. Hidangan ini juga menggunakan ayam sebagai sumber protein utama, walaubagaimanapun, anda bebas menggunakan protein lain seperti daging. Selepas ini, bolehlah anda hidangkan resepi ini pada musim perayaan!

Resepi ini telah dikongsikan Nor Shaidah Malek di laman Facebook milik beliau. Mari kita lihat!

Resepi Kerutuk Ayam

kerutuk ayam
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 12 biji bawang Merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • Lengkuas sebesar ibu jari
    (Mayang @ hiris halus semua bahan)
  • Serai 2 batang di ketuk
  • Penumis @ 5 sekawan
  • 1 pek kecil Rempah Kerutuk adabi
  • 1 pek kecil Rempah Gulai Cap Orang Terbang
    ( 1 kan rempah dlm mangkuk campur air Gaul sekali)
  • 1 biji kelapa abik santan @ 1/2kg santan
  • 1 sudu kerisik
  • 1/4 nisan atau boleh guna gula merah ikut manis sendiri
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam
  • Ajinamoto kalau suka
  • 1 ekor ayam

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan masukkan penumis, bahan hirisan dan serai.
  2. Kacau sehingga naik bau dan bawang nampak kekuningan sedikit.
  3. Masukkan rempah kerutuk, rempah gulai ke dalam adunan dan masukkan sedikit air.
  4. Tumis dengan api yang kecil sehingga pecah minyak dan tambahkan air sedikit untuk menumis.
  5. Pastikan anda berhati hati dan elakkan rembah daripada hangit.
  6. Pastikan juga minyak masak mencukupi untuk menumis.
  7. Masukkan garam, nisan dan serbuk perasa serta air asam jawa, santan dan ayam.
  8. Biarkan lima minit untuk rempah menyerap ke dalam ayam.
  9. Masukkan santan, air dan kerisik dan biarkan sehingga ayam sehingga betul betul kering.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Leave your vote

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Nur Dini Abd Aziz
Suka berkongsikan resepi terkini yang menarik untuk dicuba.

Tinggalkan komen di sini

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.