Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Rendang Kerang Negeri Sembilan Pakat Makan Ngan Nasi Je

author name

Resepi seterusnya ini adalah salah satu resepi rendang yang sedap dan senang untuk disediakan. Rendang kerang negeri sembilan ibu menggunakan cili api sebagai bahan utamanya selain daripada isi kerang. Ianya tidak menggunakan kerisik sebaliknya menggunakan santan yang lebih dan dimasak sehingga naik minyaknya. Isi kerang boleh dibeli jenis beku tetapi kerang yang segar lebih sedap.Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • 1kg isi kerang

Bahan-bahan kisar

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Cili api

Bahan lain

  • Santan pekat
  • Asam keping
  • Serai ditumbuk pecah
  • Daun kunyit hiris

Kaedah

  • Masukkan semua bahan yang telah dikisar dalam kuali
  • Masukkan santan, asam keping dan serai yang telah disediakan.
  • Biarkan ia mendidih baru masukkan kerang agar kerang tidak kecut.
  • Bila kuah makin pekat masukkan garam, ajinomto dan sedikit gula.
  • Kemudian taburkan daun kunyit yang telah dihiris.
  • Siap!

Rendang ini lebih sedap lebih sedap, anda boleh tambah cili api merah untuk naikkan rasa pedasnya. Selain dihidang dihari raya bersama ketupat mahupun lemang, rendang kerang juga amat sedap dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.