Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Asam Rebus Kepala Jenahak Dengan Daun Kesum Confirm Mengancam

Resepi kali ini merupakan masakan ringkas yang mudah disediakan. Ianya sesuai bagi mereka yang tidak gemar masakan bersantan atau berminyak. Asam rebus kepala ikan jenahak ini menggunakan bahan yang sama seperti asam pedas cuma ianya direbus dan tidak ditumis seperti asam pedas.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Kepala ikan jenahak bersihkan dan perasakan dengan garam dan kunyit.

Bahan-bahan kisar

  • 3 sudu cili kisar
  • Belacan ½ inci
  • Bawang besar ½ biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Cili api (kalau suka lebih pedas)

Bahan-bahan lain

  • Daun kesum segenggam
  • Bunga kantan (belah 2 atau 3)
  • Tomato (belah 4)
  • Bendi 6-8 batang
  • Asam keping 2 keping
  • Air secukupnya

Kaedah

  • Masukkan semua bahan kisar bersama air yang cukup dalam periuk.
  • Tambah asam keping dan buka api.
  • Bila ia mulai mendidih masukkan bahan-bahan lain iaitu daun kesum dan bunga kantan.
  • Tambah sekali kepala ikan dan biarkan semua bahan sebati.
  • Tambah garam dan ajinomoto
  • Akhir sekali masukkan tomato dan juga bendi.
  • Tutup api bila bendi mulai masak.
  • Siap!

Selain menggunakan kepala ikan jenahak anda juga boleh pelbagai jenis ikan lain yang mudah didapati dan lebih murah. Masakan ini sangat sedap dimakan bersama sambal belacan dan ulam ulaman. Selamat mencuba!  

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.