Imej via Facebook

Resepi Kerabu Kerang Ala Thai

Kerabu, terdapat variasi jenis kerabu di Malaysia ini. Ada yang digabungkan bersama protein seperti kerabu kerang dan kerabu perut. Ada juga yang digabungkan bersama buah buahan seperti kerabu mangga, dan tak lupa juga yang digabungkan bersama mi segera seperti kerabu maggi.

Kali ini, kami bawakan resepi kerabu kerang ala Thai yang amat mudah untuk disediakan. Tahukah anda, sebenarnya kerabu merupakan salah satu pilihan yang terbaik ketika berdiet? Untuk mengamalkan suku suku separuh, anda boleh memperbanyakkan sayur sayuran dalam juadah makanan seharian anda. Mengambil kerabu boleh dijadikan satu inisiatif bagi mengamalkan diet suku suku separuh tau!

Resepi kali ini dibawakan oleh Puan Linda Md Yusof di laman Facebook beliau. Jom tengok!

Resepi Kerabu Kerang Ala Thai

kerabu
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kilo kerang
  • 5 biji cili api – ditumbuk
  • 2 biji cili merah- ditumbuk
  • 1 inci belacan dibakar dan ditumbuk bersama cili
  • 3 biji limau kasturi
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 cawan jus asam jawa
  • 1 ulas bawang merah hiris nipis
  • Daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara – cara memasak:

  1. Basuh kerang dan rebus kerang sehingga terbuka/masak.
  2. Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut . Itupun antara tips untuk kerang nampak segar.
  3. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.
  4. Satukan air asam jawa, cili api, cili merah dan belacan bakar yang ditumbuk, sos ikan, cili api, tomato, garam dan gula dalam bekas yang sesuai.
  5. Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
  6. Akhir sekali perahkan limau kasturi , campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dah dihiris dan daun ketumbar serta gaul hingga sebati.
  7. Siap dan sedia untuk dinikmati.
kerabu 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

kerutuk ayam

Resepi Kerutuk Ayam Sesuai Dihidangkan di Musim Perayaan!

biskut arab pandan

Resepi Biskut Arab Pandan Cair Kat Mulut