Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Penyet Medan Kalau Makan Confirm Tambah!

Nasi Ayam Penyet merupakan juadah yang dibawa oleh orang Indonesia. Gabungan ayam goreng yang dilenyekkan menggunakan lesung bersama sambal yang pedas, sup dan sayuran serta tempe merupakan kombinasi yang sangat mengenyangkan dan sangat lazat. Kali ini, kami bawakan resepi ayam penyet yang asli datang dari Medan, Indonesia.

Sekiranya anda mencari resepi asli yang sangat lazat, anda bolehlah mencuba resepi ini. Cara pembuatannya juga ringkas untuk disediakan. Anda juga boleh membuat kelainan dengan menyediakan nasi ayam penyet medan ini kepada para tetamu yang datang! Pasti mereka teruja dengan hidangan ini.

Resepi ini dikongsikan oleh Leeniy Irneena Hawra II dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!

Resepi Ayam Penyet Medan

nasi ayam penyet medan
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Ayam penyet:

  • Ayam seekor dipotong kecil
  • Kunyit hidup – 2cm*
  • Halia – 2cm*
  • Serai – 3 batang potong halus*
  • Bawang besar – 2 biji*
  • Bawang putih – 1 labu*
  • Lengkuas – 1 ketul besar tapak tangan – sagat halus
  • Ketumbar – 2 sudu besar disangai
  • Lada hitam – 1 sudu kecil
  • Garam

Sambal penyet:

  • Segenggam cili padi merah
  • 3-4 biji lada merah
  • 1 inci belacan
  • 2 biji tomato
  • 1 biji bawang merah

Sup kosong:

  • Bawang putih 2 bji
  • Bawang merah 1 bji
  • 1 kiub ayam @ perencah sup adabi
  • Leher ayam @ kaki ayam @ kulit ayam
  • Garam

Ulam – ulaman

Tauhu goreng

Tempe goreng

Cara – cara memasak:

Ayam penyet:

  • Semua bahan bertanda (*) dikisar.
  • Ketumbar disangai dan ditumbuk bersama lada hitam.
  • Ayam yang telah dicuci diletakkan ke dalam kuali yang berpadanan.
  • Bahan yang dikisar dituang ke atas ayam.
  • Masukkan lengkuas yang disagat.
  • Masukkan ketumbar dan lada hitam yang ditumbuk.
  • Hidupkan api dan tutup ayam.
  • Rebus sehingga air sedikir kering dan sehingga ayam masak.
  • Masukkan garam.
  • Apabila ayam sudah masak, tosa dan kaut lebihan bumbu untuk digoreng asing.
  • Gorengkan ayam dengan api besar.
  • Bumbu digoreng asing supaya tidak pahit.

Sambal penyet:

  • Potong kesemua bahan
  • Goreng kesemua kecuali tomato.
  • Angkat kesemua bahan dan gorengkan tomato.
  • Kisarkan dan masukkan limau nipis atau air asam jawa sebanyak satu sudu besar.
  • Tambahkan gula 1 1/2 sudu dan geram sedikit.
  • Siap!

Sup ayam:

  • Masukkan kesemua bahan sup dan rebus sehingga siap.

Resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!