Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nutella Tarts Paling Istimewa Cair Di Mulut

author name

Nutella Tarts merupakan salah satu hidangan yang telah menjadi tular baru – baru ini. Ianya memberikan rasa yang mewah dan lazat oleh kerana nutella yang digunakan. Gabungan nutella dan kerapuhan tart yang cair di mulut itu pasti digemari oleh ramai di antara kita. Buat mereka yang mencintai pencuci mulut, resepi ini amat sesuai untuk anda sediakan.

Cara pembuatan nutella tarts ini juga amat mudah. Ianya tidak menggunakan bahan – bahan yang sukar untuk didapati, malahan boleh didapati di pasaraya berdekatan. Nutella tarts ini juga mesra amatur jadi buat anda yang baru berjinak dalam dunia masakan, jom kita mencuba resepi ini!

Resepi ini telahpun dikongsikan oleh Sharifah Asya dan mendapat banyak perkongsian tau! Jadi jom kita tengok.

Resepi Nutella Tarts

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 200g mentega
  • 340g tepung gandum (Cap Ros)
  • 45g gula aising
  • 20g tepung jagung
  • 2 biji kuning telur
  • Nutella

Cara – cara memasak:

  1. Pukul mentega sehingga berkrim sedikit.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gula aising.
  4. Gaulkan kesemua dengan tangan sehingga sebati menjadi doh.
  5. Akhir sekali, terapkan doh dengan acuan dan paip dengan Nutella.
  6. Bakar dengan suhu 140C sehingga kuning keemasan/

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *