Resepi Kurma Ayam Beryogurt Pekat Likat Asyik

Resipi kal ini merupakan masakan ayam masak kurma yang sangat popular di kalangan masyarakat kita. Masakan mamal ini lazim nya dihidang di dalam restoran nasi Kandardan selalu menjadi pilihan orang kita tidak mengenal bangsa atau usia. Namun begitu penyediaan nya tidaklah sukar dan bahan-bahan yang diperlukan juga amat mudah didapati di kedai berdekatan. Penggunaan yogurt memberi rasa yang menarik sedikit berlemak berbanding masakan, yang biasa kita makan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Ayam seekor bersihkan dan potong 18

Bahan tumis 

  • 1 ulas bawang besar
  • 4 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • *Kisar bersama
  • Rempah 4 beradik( kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih, biji ketumbar)

Bahan lain

  • 2 pek kecil kurma adabi (kacau dengan air jadikan pes)
  • yogurt natural 1 cawan kecil
  • santan 1 kotak kecil
  • air secukupnya 
  • kentang 4 biji belah 4
  • tomato 2 biji belah 4
  • Cili hijau 2 ulas belah tengah
  • 1 biji bawang besar belah 4
  • Daun ketumbar ( akhir sekali)

Kaedah

  • Bersihkan ayam dan perasa dengan kunyit dan yogurt (yogurt kacau dulu ye)
  • Panaskan minyak dalam kuali besar
  • Selepas itu tumis bahan kisar bila dah naik bau masukkan rempah 4 beradik.
  • Biarkan semua bahan ini wangi dahulu.
  • Selepas itu masukkan pes kurma yg telah dibancuh tadi.
  • Tambah air jika perlu agar pes mudah dikacau
  • Tumis bagi bahan ini naik minyak dahulu
  • Kemudian masukkan kentang
  • Kacau lagi
  • Masukkan pula ayam
  • Dan gaul semua bahan ini agar serasi
  • Tambah air jika masakan terlalu kering
  • Biarkan kentang empuk dulu sebelum masukkan santan
  • Bila dah masukkan santan tambah air sekali sekadar kuahnya bertambah agar masakan tak terlalu cair.
  • Tambah garam, ajinomoto dan sedikit gula bila kuah dah megelegak
  • Akhir sekali masukkan bawang besar,cili hijau, tomato.
  • Biarkan semua bahan masak seketika sebelum tutup api.
  • Siap!
  • Hias dengan sedikit daun ketumbar dan bawang goreng jika suka.

Selain menggunakan ayam anda juga boleh menggunakan daging sebagai bahan utama nya anda boleh tambah cili hijau di akhir proses supaya ia lebih rangup rangup.Makan dengan papadom confirm asyik! Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Similar Posts