Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Spagheti Cabonara (Berkrim Limpahan Cheese)

author name

Sesiapa tercari resepi spaghetti carbonara? Pada perkongsian kali ini kami akan berkongsikan resepi spaghetti carbonara yang lazat.

Spaghetti carbonara selalunya dijual di kedai makan western. Ianya merupakan pasta yang dihidang dengan sos carbonara berkrim dan penuh limpahan cheese di dalamnya.

Selain rasanya yang tidak pedas anak-anak jadi suka, encik suami pula mesti suka sangat. Boleh tambah banyak kali jika anda hidangkan spaghetti carbonara, meskipun baru pertama cuba. Spaghetti carbonara enak dimakan sebagai dinner mewah bahkan untuk perayaan hari jadi agar yang lebih romantik.

Mari buat spaghetti carbonara resepi perkongsian daripada Nor Al Fatihah di laman Facebook. Layan resepi di bawah ini dan nikmati kelazatan spaghetti carbonara penuh krim.

Resepi Spaghetti Carbonara Berkrim

spaghetti carbonara
Imej via Facebook

Bahan Sos Carbonara :

  • 1 sudu besar marjerin,
  • 1 biji bawang besar holland dicincang,
  • 4 ulas bawang putih dicincang,
  • 1 cawan daging kisar (guna ayam kisar pun boleh),
  • 5 batang sosej dipotong kecil,
  • Meatball homemade (daging kisar tambah bawang merah dan bawang putih cincang, serbuk lada hitam, garam, telur dan tepung jagung),
  • 1 tin cendawan butang,
  • 665 gram @ 2 tin sos carbonara mushroom Prego,
  • 2 cawan susu segar,
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam,
  • Sedikit oregano flakes (optional),
  • 2 keping cheese (optional),
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Cairkan marjerin. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan daging/ayam kisar dan bebola daging. Kacau hingga bertukar warna perang sedikit.
  3. Campur sosej dan cendawan. Kacau lagi biar masak.
  4. Tabur serbuk lada hitam dan oregano flakes.
  5. Kemudian, tuang sos carbonara, susu, cheese dan garam. Didihkan sekejap hingga agak pekat. Siap.
  6. Spaghetti direbus hingga lembut dalam air mendidih (campur sedikit garam dan minyak supaya tidak melekat).
  7. Bila ingin makan baru tuang sos carbonara ke atas spaghetti.

    spaghetti carbonara
    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi spaghetti carbonara, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *