Resepi Spaghetti Tomyam Cuba Sekali Mesti Cik Abang Suka

Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi yang menggunakan spagetti sebagai bahan utama nya. Bagaimanapun resepi ini telah diubah suai agar ianya menepati selera dan citarasa orang kita. Spaghetti tomyam merupakan salah satu lagi menu yang paling digemari ketika berkunjung ke kafe dan restoran-restoran yang hidangkan masakan Thailand. Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam resepi ini ialah pes tomyam, serai, bawang putih bersama isi ayam ataupun udang sebagai bahan utamanya. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 10 ekor udang segar
  • 3 sudu besar pes tom yam
  • 1 kiub pati ayam
  • air – lebih kurang 2 cawan
  • Serai, daun limau purut dan daun ketumbar (hiris semua bahan ini)
  • Buah tomato potong dadu
  • Cili api merah (hiris)
  • Spaghetti (yang telah direbus dan ditoskan)
  • Rebus spaghetti bersama minyak dan sedikit garam.
  • Asingkan sebentar.
  • Dalam kuali tumis bawang putih yang telah dicincang hingga naik bau.
  • Tambah cili api merah jika anda suka pedas
  • Masukkan udang dan pati ayam yang telah dipecah-pecahkan.
  • Tambah pes tomyam dan gaul rata.
  • Masukkan daun limau purut dan serai.
  • Kacau lagu sehingga semua bahan mesra.
  • Tambah air rebusan jika terlalu kering
  • Masukkan spaghetti yang telah direbus tadi.
  • Gaul semua bahan hingga sebati.
  • Tambahkan tomato yang telah dipotong dadu
  • Akhir sekali sebelum hidang, masukkan hirisan daun ketumbar.

Dalam perkongsian kali ini pasta yang digunakan ialah angel hair, namun begitu spaghetti biasa juga sesuai digunakan dalam resepi ini. Anda juga boleh tambah rencah seperti sotong,isi ayam dan juga fish cake. Sayur-sayuran seperti lobak merah, bunga kobis dan jagung kecil juga sesuai. Masakan ini amat mengenyangkan jadi ia juga sesuai dijadikan hidangan makan utama. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.