Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Authentic Carbonara Spagetti Lain Macam Sedap Wajib Try

author name

Resepi kali ini adalah sejenis resepi pasta berasal dari Itali yang mulai digemari oleh masyarakat dunia sejak kebelakangan ini. Pasta adalah sejenis makanan berkarbohidrat yang diperbuat menggunakan tepung gandum kemudian diproses dan dikeringkan. Manakala spaghetti carbonara merupakan salah satu spagetthi yang amat digemari kerana lazimnya ia diperbuat menggunakan krim atau sos carbonara.

Berbeza melalui perkongsian kali ini kerana spagetti carbonara yang asli sebenarnya tidak menggunakan sebarang krim sebaliknya ia hanya menggunakan kuning telur yang digaul dengan keju parmesan kemudian dicampur dengan spagetti sebelum dihidangkan. Bagi anda yang tertanya-tanya cara penyediaannya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Pasta spaghetti ½  pek
  • 1 sudu besar garam
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 2-3 ketul dada ayam (hiris)
  • Beberapa ketul lemak ayam
  • 4 kuning telur
  • 1 1/2 cawan keju parmesan
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar pasli kering atau segar.
  • Didihkan periuk besar air dan perasakan dengan garam. 
  • Masak pasta mengikut arahan pakej, toskan.
  • Simpan secawan air rebusan pasta.
  • Dalam bekas berasingan campurkan keju bersama dengan kuning telur dan kacau rata, asingkan.
  • Panaskan lemak ayam didalam kuali sehingga mengeluarkan minyak.
  • Alihkan, kemudian tambah sedikti minyak zaitun dan tumiskan bawang putih.
  • Masukkan 1 kiub pati ayam.
  • Apabila telah larut masukkan spaghetti dan gaul agar ia sebati.
  • Apabila telah puas hati, tutup api dan gaul segera pasta dengan bancuhan keju tadi hingga ia nampak berkrim.
  • Hias dengan serbuk lada hitam,cili flakes dan daun parsli sebelum dihidang.
  • Siap!

Dikatakan masakan ini telah dicipta oleh petani dan orang kebanyakan di Itali suatu masa dahulu dan cara yang dikongsikan kali ini merupakan cara yang menjimatkan kerana keju agak murah disana berbanding dinegara kita ini. Apapun anda haruslah mencuba sendiri resepi ini kerana ia mempunyai rasa yang amat premium dan paling menguntungkan apabila anda sediakan sendiri masakan ini kerana ia lebih menjimatkan. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *