Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Authentic Aglio Olio 3 Bahan Utama Je Tapi Sedap Sangat

author name

 Resepi kali ini merupakan resepi pasta yang dikongsikan daripada masakan orang Itali. Ianya sentiasa mendapat permintaan terutamanya sebagai hidangan di dalam waktu makan malam. Kebiasaannya masakan Aglio Olio ini dikatakan masakan yang menggunakan makanan laut sebagai bahan utama nya.

Namun begitu sebenarnya di Itali Agli Olio menggunakan bahan yang sangat ringkas iaitu bawang putih yang dicincang itu bersama minyak zaitun dan kemudian digaul bersama pasta yang telah direbus empuk. Tetapi dengan sedikit tambahan beberapa bahan ianya amat menepati selera orang kitaBagi anda yang ingin mencuba sendiri masakan ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 500 gram spaghetti (1 paket)
  • 1/2 mangkuk kecil minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 sudu besar chilli flakes (pilihan)
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam (pilihan)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 ketul isi ayam dihiris
  • Tomato kecil 
  • Daun parsli, hiris nipis.(atau guna yang kering)
  • Rebus spaghetti,toskan dan simpankan sedikit airnya.
  • Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  • Masukkan kuib ayam dan kacau hingga ia larut.
  • Masukkanb pula chilli flakes dan serbuk lada hitam.
  • Kemudian masukkan isi ayam.
  • Akhir sekali masukkan spaghetti diikuti tomato.
  • Boleh tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
  • Perasakan dengan sedikit garam secukupnya.
  • Angkat dan tabur hirisan daun parsli atau guna sahaja parsli kering semasa menghidang.

Walaupun begitu bagi resepi ini anda boleh juga menggunakan rencah seperti udang, sotong mahupun ayam. Cuma sebenarnya aglio olio hanya menggunakan tiga bahan sahaja untuk disediakan iaitu spaghetti,bawang putih dan minyak zaitun tetapi ia memadai dan amat lazat, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *