Resepi Bayam Yang Mudah dan Sedap

Bayam merupakan salah satu sayur hijau yang menjadi kegemaran mak-mak untuk masak lauk tengahari. Selalunya sayur bayam ini dimasak tumis, tapi sebenarnya banyak lagi resepi bayam yang boleh dimasak. Sayur bayam ini terdiri daripada bayam merah, bayam hijau dan brazil. Selain itu juga sayur bayam ini mempunyai banyak khasiat antaranya ialah dapat memperbaiki penglihatan dan dapat mengekalkan tekanan darah yang sihat dan baik.

Nak dapat kulit yang cantik, anda jangan lupa makan sayur bayam secara konsisten. Kalau anda mencari-cari resepi bayam, kami nak kongsikan koleksi resepi bayam dengan pelbagai masakan untuk anda cuba sendiri. Semoga bermanfaat!

Resepi Kerabu Bayam Brazil dan Mempelam

Resepi pertama ini adalah kerabu bayam bersama mempelam. Baca pun dah kecur air liur kan, Resepi ini menggunakan bayam brazil sebagai bahan utama. Bayam brazil mempunyai tekstur yang rangup dan sedikit tebal. Memang sesuai apabila dijadikan sebagai kerabu. Resepi ini ditulis oleh Mimi Mahmud.

Bahan-bahan

  • Sebiji mempelam epal di mayang halus
  • Secekak bayam brazil
  • 8biji cilipadi
  • 2biji cili besar
  • 4ulas bawang merah
  • Belacan sebesar ibu Hari
  • Kelapa parut
  • Santan rm1
  • Udang kepal
  • Gula garam aji

Cara Penyediaan

  1. Tumbuk cilipadi, cili besar, belacan, seulas bawang merah dan kelapa parut.
  2. Gaul kesemua bahan tumbuk dengan mempelam, bayam brazil, udang kepal, bawang merah yang dimayang serta santan.
  3. Perasakan dengan garam gula aji tak perlu letak asam sebb kita ada mempelam, bayam brazil tak perlu celur. Kita buat mentah untuk rasa yg rangup.

Resepi Kerepek Bayam

Resepi ini sesuai untuk anak-anak anda yang tak makan sayur. Kerepek bayam ini rasanya sama seperti kerepek lain pasti membuatkan anak anda gemar dengan resepi ini. Mudah sahaja nak buat resepi ini, ikuti resepi kerepek bayam dari Puan Nurul Hairi ini confirm jadi.

Bahan-bahan

  • 1 Cawan Tepung Beras
  • Air masak secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk ikan bilis (optional)
  • Daun bayam secukupnya

Cara Penyediaan

  1. Gaulkan semua bahan diatas kecuali daun bayam.
  2. Bancuhan tepung jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

Resepi Bayam Goreng Belacan

Salah satu resepi paling mudah nak buat, bayam goreng belacan. Makan pula bersama nasi panas dah cukup mengenyangkan. Resepi mudah dan ringkas ini dari Farha Mohd Fadzli.

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • bawang merah
  • Belacan
  • Udang kering / ikan bilis pon ok
  • Lada besar
  • Cili padi

Cara Penyediaan

  1. Tumiskan bahan tersebut,
  2. Slow sikit api.
  3. Tumis sampai bau wangi.
  4. Letak bayam seikat.
  5. Gaul rata letak air kalau suka kuah dan letak garam.

Resepi Bayam Tumis Air Campur Keledek

Jika ada lebihan keledek, apa kata anda cuba resepi bayam tumis air campur dengan keledek ini. Rasa lemak manis keledek bersama bayam tumis ini cukup serasi, rugi tak cuba resepi dari Ida Akmal Idameor.

Bahan-bahan

  • Seikat sayur bayam hijau
  • 1 biji bawang holland (hiris)
  • 4 ulas bawang merah (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • Sedikit ikan bilis
  • Sedikit keledek oren

Cara Penyediaan

  1. Bayam di pisahkan dari batang dan di cuci bersih.
  2. Rebus air sampai mendidih dalam periuk.
  3. Masukkan bawang holland, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan keledek,
  4. Bila keledek dah masak baru masukkan sayur bayam dan cili merah.
  5. Tambah garam secukupnya. Sehingga sayur layu.

Resepi Sup Sayur Bayam

Jika anda teringin untuk makan sup, jom cuba resepi sup bayam ini dari Jes Tham ini menggunakan goji berries sebagai penghias hidangan. Goji berries juga banyak khasiat tau!

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • Sayur bayam
  • Air
  • Garam
  • Kicap
  • Serbuk perasa
  • Ikan bilis
  • Goji berries

Cara Penyediaan

  1. Tumis bawang putih sampai naik aroma.
  2. Kemudian masukkan sayur bayam dan gaul sehingga sayur sedikit layu, baru masukkan air secukupnya untuk sup.
  3. Rebus sehingga sayur lembut. Perasakan dengan sedikit garam dan kicap atau add perasa kuib Ikan Bilis.
  4. Akhir sekali masukkan Goji Berries. Siap dan masak. Hias dengan ikan bilis goreng. Selamat mencuba.

Resepi Sayur Lemak Bayam Hijau

Resepi sayur lemak bayam ini juga sangat mudah nak buat. Hanya tambah santan sebagai pelengkap hidangan sayur lemak ini. Dihidangkan pula bersama nasi panas dan ikan goreng pun dah cukup. Resepi mudah ini dari Sarimah Salleh.

Bahan-bahan

  • Santan
  • Bayam hijau
  • Petola
  • Kacang panjang
  • Ubi
  • Lada hijau
  • Ikan selayang bakar sekor
  • Bawang merah 6 ulas
  • Lada hitam 15 biji
  • Garam dan gula

Cara Penyediaan

  1. Masukkan santan dalam periuk.
  2. Tumbuk lada hitam dan bawang merah sampai lumat.
  3. Selepas itu masukkan ikan bakar tumbuk lagi sampai lumat.
  4. Masukkan dalam periuk santan kacau sampai menggelagak.
  5. Masukkan ubi dan kacau sekejap dah nampak empuk baru masukkan sayuran yang ada.
  6. Selepas itu tambah garam dan gula secukup rasa.

Resepi Telur Gulung Bayam

Sebelum ini resepi kerepek bayam, kali ini resepi telur gulung bayam. Resepi ini juga sesuai untuk anak anda yang tak makan sayur. Jom baca resepi kreatif ini dari Kunije Tnije.

Bahan-bahan

  • 4 biji telur asingkan putih dan kuning telur
  • Daun bayam sahaja
  • Garam

Cara Penyediaan

  1. Hiris daun bayam halus.
  2. Masukkan dalam putih telur,
  3. Letak garam sikit.
  4. Kuning telur pun letak garam sikit,
  5. Kemudian panaskan pan,
  6. Masukkan satu lapisan bayam tadi. jangan tebal nipis sahaja.
  7. Api mesti perlahan bila dah masak boleh gulung,
  8. Tapi gulung tinggalkan sedikit ulang langkah masukkan bayam lagi sampai habis.
  9. Kemudian baru masukkan telur kuning jangan tebal nipis sahaja.
  10. Gulungkan bayam ke kuning telur ulang langkah sampai habis.

Resepi Sayur Air Bayam Bersama Ayam

Resepi kali ini menggunakan bayam merah. Bayam merah ini sedikit unik kerana apabila masak sup akan menjadi merah. Resepi sup air bayam ini dikongsi oleh Fatihah Md Ali diFcebook beliau.

Bahan-bahan

  • 1/2 Ikat Bayam Merah
  • Ayam (potong kecil)
  • 2 Ulas Bawang Merah (hiris)
  • 3 Ulas Bawang Putih (hiris)
  • Sedikit Lada Hitam (tumbuk kasar)
  • 1 Cawan Air
  • Garam @ maggi cukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Masukkan air bersama ayam.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih & lada hitam.
  3. Agak-agak ayam dah masak. Masukkan bayam & garam secukup rasa.
  4. Tutup api.

Resepi Nugget Ayam Sayur

Jika anda mencari resepi nugget homemade, apa kata anda cuba resepi dari Zila Ibrahim membuat nugget sayur bayam dan ayam, pasti anak-anak akan suka dan boleh dijadikan idea sarapan pagi.

Bahan-bahan

  • 3 keping dada ayam
  • 4 keping roti dibuang tepinya (potong kecil)
  • 1 cawan nasi panas
  • 2 biji telur
  • Sayur bayam @ sayur jenis lain pin boleh
  • Carrot (parut) *
  • Garam/serbuk perasa/gula sikit
  • Air
  • Telur 2@3 biji
  • Serbuk roti

Cara Penyediaan

  1. Campur semua bahan kecuali yang bertanda *
  2. Masukkan dalam blender. masukkan air sikit-sikit. agak² blender tu boleh pusing je
  3. Dah hancur campur dgn carrot yg dah diparut td. gaul rata.
  4. Selepas itu kukus dalam 20 minit angkat dan potong ikut bentuk yang korang suka.
  5. Celup dalam telur dan golek dengan serbuk roti, siap. nak goreng terus boleh nak frozenkan pun boleh.

Resepi Menarik Yang Lain

Mudah kan nak buat resepi sayur bayam ini. Jangan lupa cuba ya. Banyak lagi resepi yang menarik dan mudah telah kami sediakan untuk anda cuba. Terima kasih juga kerana telah singgah di sini untuk dijadikan rujukan anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *