,

Resepi Sup Crab Stik Sayur Campur Inspirasi Chinese Food

Oleh:

Resepi kali ini ialah resepi sup yang menggunakan crab stik yang mudah didapati di supermarket. Masakan ini terkenal sebagai masakan Cina dan sering menjadi tarikan masyarakat kita  yang pelbagai kaum ini. Masakan cina terkenal dengan masakan yang ringkas dan segar, penyediaan sup ini amat mudah dan ianya amat sesuai dihidangkan dimusim hujan, baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • Crab stick 3 batang ( racik-racik memanjang)
  • Bawang putih cincang halus
  • Halia hiris nipis memanjang
  • Sayur seperti cendawan, carrot dan jagung adalah pilihan 
  • Kuib ayam 1 ketul
  • Garam secukup rasa
  • Air tepung jagung
  • Telur 
  • Minyak bijan 

Kaedah

  • Panaskan minyak sedikit dah tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan Crab stik dan kacau sedikit baru masukkan air
  • Pecah kiub ayam dan biarkan sup mendidih.
  • Masukkan sayur-sayuran dan biarkan ia masak sekejap.
  • Masukkan air jagung dan sementara dia pekat kacau sup dan masukkan telur yang telah dipecahkan.
  • Akhir sekali masukkan sedikit minyak bijan.
  • Siap! 

Sayur- sayuran seperi jagung kecil, lobak merah ataupun sawi adalah pilihan. Namun jika anda ingin guna crab stick sahaja pun tetap sedap. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini