Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Mee Kicap Chinese Ala Adam Corrie Viral

author name

📄

Resepi kali ini merupakan resepi daripada selebriti Adam Corrie yang telah mula dikongsi dan menjadi viral. Mengikut kata beliau ini adalah resepi yang digunakan menjadi jualan dan mendapat permintaan yang tinggi. Oleh kerana ia amat mudah, saya telah mencubanya sendiri dan ternyata ia amat sedap dan sangat mudah untuk disediakan.

Mee kicap terdiri daripada mee wantan yang digaul dengan sos kicap dan lazimnya dihidangkan bersama dimsum dan juga sup yang ringkas, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan utama

  • Mee wantan (celup dengan air panas  dan ais secara selang seli)
  • Ulang 2-3 kali, ketepikan

Sos Kicap:

  • 2sb kicap pekat
  • 1sb sos tiram
  • 1sb kicap cair
  • 1-2sb kicap lemak manis
  • 1-sb Minyak bawang putih (pilihan)

Kaedah

  • Masukkan semua bahan sos kicap didalam bekas.
  • Masukkan mee wantan yang telah dicelur tadi.
  • Gaul berulang kali hingga menjadi sebati.
  • Hidangkan bersama dimsum homemade dan sup ringkas.
  • Jangan lupa cili api potong yang digaul dengan sedikit kicap cair.
  • Siap!

Mee wantan boleh didapati dibahagian yang menjual pelbagai jenis mee basah. Namun ia perlu dicelur dan kemudian direndam beberapa kali kerana bau kapurnya yang agak kuat. Namun begitu jangan takut untuk mencuba kerana resepi ini amat sedap sekali dan berbaloi. Bagi menyediakan dimsum homemade dan juga sup jangan klik pautan dibawah ye, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *