Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Dimsum Homemade Tengah Hot Viral

author name

Resepi kali ini merupakan sejenis masakan Cina yang mulai popular dan digemari dikalangan masyarakat orang Melayu. Dim sum adalah sejenis makanan yang menggunakan kulit dumpling yg diperbuat dari tepung dan air. Kemudian ia diisi dengan inti udang ayam malah isi ikan juga. Seterusnya ia direbus menjadi sup, dikukus malah juga sedap digoreng.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan untuk inti

  • 2 keping Isi ayam cincang
  • Telur
  • Lobak merah potong dadu
  • Daun sup/bawang cincang 
  • ½ biji bawang besar potong dadu
  • Isi udang potong dadu
  • 1tsp serbuk bawang
  • 1tsp serbuk garlic
  • ½ tsp serbuk lada hitam/sulah
  • 1tsp tepung jagung
  • Garam dan ajinomto secukup rasa

Bahan lain

  • Kulit wantan/dumpling segera
  • Air

Kaedah

  • Gaul semua bahan inti kecuali telur dan tepung jagung.
  • Kemudian semua bahan telah digaul sebati masukkan telur sedikit demi sedikit, tujuannya agar inti tidak terlalu basah kerana ia boleh mengoyakkan kulit wantan.
  • Akhir sekali masukkan tepung jagung.
  • Inti telah siap!
  • Sekarang ambil sekeping kulit dumpling dan letakkan sesudu inti.
  • Gunakan air untuk melekat bahagian tepi agar intinya tidak terkeluar.
  • Dumpling ini boleh dijadikan sup, dikukus, direbus atau digoreng.
  • Anda juga boleh segera membeku dumpling ini jika ingin menggunakan dilain waktu.
  • Selamat mencuba!

Kulit dumpling boleh didapati dengan mudah dipasaraya dibahagian makanan Cina, Korea mahupun Jepun. Dimsum ini ada yg dijual beku namun begitu buat sendiri lagi sedap dan menjimatkan. Jadi cubalah sendiri dan anda dapat berjimat banyak dan menyediakan masakan ini bila-bila masa diingini Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.