Resepi Dim Sum Isi Ikan (Resepi Sihat!)

Dim Sum merupakan hidangan tradisi masyarakat China yang telah diintegrasi ke dalam komuniti kita. Ianya telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan umur. Benarlah, makanan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dan ia merupakan satu khazanah yang perlu dijaga.

Dim Sum merupakan hidangan yang biasanya dikukus, oleh itu, ianya sesuai untuk sesiapa yang sedang berdiet mahupun yang hanya ingin menjalani hidup yang lebih sihat. Akan tetapi, anda disarankan untuk makan dengan bersederhana ya!

Resepi ini dikongsikan oleh Kongsi Kongsi Resepi dan telah mendapat banyak komen positif dan likes!

Resepi Dim Sum Isi Ikan

dim-sum-isi-ikan
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 500gm isi ikan – dikisar halus
  • 1 batang lobak merah – dipotong dadu
  • 1 biji sengkuang – dipotong dadu
  • 1 labu bawang holland – dicincang
  • 3 tangkai daun bawang – dicincang
  • 1 sudu besar sos tiram Maggi
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • secubit lada sulah

Bahan B:

  • 1/2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
  • 200gm tepung ubi

Bahan C:

  • Kulit dimsum
  • kulit wantan secukupnya
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 biji putih telur

Sos: Dicampur

  • 5 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu teh cuka
  • secubit garam dan gula
  • 1/4 cawan air panas

Cara – cara menyediakannya

  1. Kisar halus isi ikan dan ketepikan seketika.
  2. Cuci, kupas dan potong lobak merah, bawang holland, sengkuang dan daun bawang.
  3. Campurkan semua bahan A didalam mangkuk besar dan gaul rata.
  4. Setelah itu taburkan Maggi® CukupRasa™ kedalam adunan tersebut dan kacau lagi hingga sebati.
  5. Masukkan pula tepung ubi, dan kacau lagi semua bahan.
  6. Ambil kulit wantan, sapu dengan putih telur dan masukkan campuran isi ikan tadi dan bentukkan. Tabur dengan lobak merah parut dan ulangi langkah tersebut hingga habis.
  7. Masukkan dimsum yang telah siap dibentuk tadi kedalam pengukus dan kukus dengan api sederhana sehingga masak.
  8. Angkat dimsum dan bolehlah dihidangkan dengan sos.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!