Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Jeruk Betik (Masam-Manis-Mengejut)

author name

Adakah sesiapa suka makan jeruk betik? Jika tidak tahu cara membuatnya, mari sini kami tunjukkan cara-cara membuat jeruk betik yang simpel.

Untuk membuat jeruk betik, diperlukan buah betik yang cukup tua dan kekuningan isinya supaya terasa lembut dan manis. Penjerukan sendiri bermakna proses pengawetan makanan dalam larutan berasid seperti cuka atau garam. Makanan diperam dalam larutan tersebut sehingga menghasilkan rasa masin atau masam.

Begitu juga dengan jeruk betik. Jeruk betik dibuat dengan metoda penjerukkan yang sama. Bahan yang digunakan ialah garam, cuka, gula pasir dan air. Pemeraman betik hanya 8 jam sahaja. Buat malam sebelum tidur, esoknya toskan betik. Senang dan mudah bukan?

Ayuh buat jeruk betik hari ini. Resepi simpel kami hadirkan daripada Anum Suman di laman Facebook.

Resepi Jeruk Betik Mudah

jeruk betik
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Betik,
  • 1 cawan garam kasar,
  • 10 cawan air.

Bahan air gula :

  • 1 cawan cuka makan,
  • 2 cawan gula pasir,
  • 3 cawan air,
  • Pewarna kuning.

Cara-cara :

  1. Betik dibuang kulit dan biji. Dipotong dan dihiris. Dibasuh bersih.
  2. Dalam bekas lain, masukkan 1 cawan garam kasar, 10 cawan air paip dikacau sampai garam larut.
  3. Rendam buah betik selama 8 jam.
  4. Sambil tunggu perapan, masak air gula. Masukkan kesemua bahan air gula dalam periuk.
  5. Masak sehingga mengelegak keempat-empat bahan ini, biarkan sejuk.
  6. Sudah cukup 8 jam toskan betik, masukkan dalam bekas dan masukkan air gula yang sudah sejuk tadi.
  7. Jika sudah siap, esoknya boleh dimakan.

    jeruk betik
    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi jeruk betik, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *