Resepi Fudge Frosting Coklat ( Sesuai Untuk Deko Kek)

Fudge coklat adalah satu manisan yang dibuat dari coklat dan butter.Dikeraskan kemudian dipotong kecil,menjadikan seperti ‘coklat candy’. Tapi resepi yang Madam ingin bawakkan hari ini ialah fudge frosting coklat.

Fudge ini digunakan untuk hiasan kek devil’s food. Madam gunakan sebagai isian dalam kek guna. Jadi bahan yang digunakan tidak sesuai sebagai candy,kerana ia lebih cair dan lembut. Ia lebih sesuai untuk diletak atas aiskrim atau cupcake.

Seperti yang Madam sebutkan sebelum ini, penggunaan bahan premium dan berkualiti sangat mempengaruhi rasa fudge coklat ini. Jadi buat sedikit pelaburan tidak mengapa,kerana hasilnya pasti memuaskan.

Sebelum itu, mari lihat bahan-bahannya.

Resepi Fudge Frosting Coklat

Bahan A

  • 350g dark chocolate

Bahan- bahan B

  • 425g (1 ¾ cawan) krim putar
  • 125ml ( ½ cawan m masam ( sour cream)
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam.

Kaedah

  • Cairkan dark chocolate guna teknik ‘double boil’
  • Masukkan krim putar sambil dikacau. Kacau sehingga sebati dan tidak kelihatan lagi warna krim.
  • Kemudian perlahan-lahan masukkan “sour cream’idak
  • Kacau lagi hingga sebati semua, masukkan garam dan esen vanilla.
  • Bolehlah diguna sebagai ‘topping’ dan isian dalam kek.

Resepi ini amat ringkas dan bahan digunakan mirip Ganache Coklat,kecuali pengunaan sour cream. Tujuannya agar fudge ini mempunyai unsur ‘tangy’.

Jadi tidak rugi cuba.

Resepi Fudge Frosting Coklat ( Sesuai Untuk Deko Kek) 2
Devil’s Food Cake, sangat sesuai dengan fudge coklat ini.

Resepi ini amat ringkas dan bahan digunakan mirip coklat ganache kecuali pengunaan sour cream. Tujuannya agar fudge ini mempunyai unsur ‘tangy’. Jadi tidak rugi cuba kerana keunikkannya ini. Jangan lupa untuk mencuba resepi kami yang lain ya.