Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Masakan Ringkas Untuk Sibujang Sempoi Confirm Lazat

Koleksi kali ini akan membawa kepada anda perkongsian resepi yang mudah yang sesuai dan boleh digunakan oleh orang bujang. Didalam koleksi ini resepi-resepi yang di gunakan adalah terdiri daripada masakan yang ringkas cepat dan juga sedap. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat minima dan sukatannya pula sesuai untuk seorang atau dua. Malah jika kena dengan caranya masakan ini akan menjadi sangat sedap apatah lagi bila dia nikmati ketika perut lapar. Baiklah mari kita lihat 10 resipi yang telah kami himpunkan di dalam koleksi kali ini sebagai panduan bagi anda yang mencari idea masakan hari ini.

1)Resepi Kari Ayam Ringkas

Kari ayam lazimnya adalah resipi yang menggunakan beberapa bahan rempah yang menjadi kemestian di dalam penyediaannya namun begitu bagi resipi kali ini bahan yang digunakan sangat ringkas dan sangat sesuai bagi orang bujang, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Sebelah ayam saiz kecil (potong 8)

Bahan-bahan tumbuk

  • Bawang besar sebelah
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia 1 inci

Bahan-bahan hiris dan tumis

  • Bawang besar sebelah
  • Bawang putih 1 ulas
  • Daun kari sesudu

Bahan pes rempah

  • 1 peket serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • (Bancuhkan keduanya dengan air dan jadikan ia pes.)

Bahan-bahan lain

  • 1 biji kentang saiz besar belah 6
  • Satu peket kecil/satu kotak kecil  santan
  • Asam keping saiz kecil sekeping

Kaedah

  • Bersihkan ayam, perap dengan garam dan bahan-bahan tumbuk. Ketepikan.
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris hingga naik bau.
  • Tumiskan bahan pes pula, hingga garing dan naik minyak.
  • Tambahkan sedikit air serta kacau agar ia sebati.
  • Masukkan ayam dan kentang dan biarkan hingga airnya kering.
  • Masukkan pula asam keping dan santan, tambahkan air jika terlalu pekat.
  • Teruskan masak sehingga kentang empuk dan ayam masak.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Siap.

2) Resepi Sardin Cili Api

Bagi peminat masakan pedas tetapi ini sesuatu yang ringkas cepat dan sedap anda haruslah mencuba resipi ini, ianya sangat enak dimakan bersama nasi panas dan sesuai dihidang sebagai di waktu makan malam dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 tin sardin
  • 4 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi (tambah jika ingin pedas)
  • Bawang besar – hiris
  • Garam
  • Serbuk perasa

Kaedah

  • Tumbuk bawang putih dan cili padi sehingga hancur. 
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
  • Masukkan ikan sardin sahaja dulu dan biarkan bergoreng bersama minyak dan bahan tumis tadi.
  • Balikkan ikan supaya ia masak rata
  • Masukkan sos sardin, bawang besar dan garam serta serbuk perasa.
  • Siap.

3) Resepi Spaghetti Bolognese Ringkas

Resepi pasta sebenarnya sangat mudah untuk disediakan dan ia juga amat sedap terutama jika dihidang sebagai makan malam. Resepi ini telah dikongsikan oleh Zakiah Faizal dan mendapat banyak perkongsian di media sosial sesuai bagi mereka yang bujang kerana hidangan ini sesuai untuk seorang atau dua orang makan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Bawang putih 3 ulas
  • Sosej 4 batang
  • Daging ayam 2 keping
  • Sos tomato
  • Tomato puree 1 tin
  • Minyak masak

Cara – cara memasak:

  1. Hiris kecil sosej.
  2. Potong dadu bawang putih dan daging ayam.
  3. Rebus spaghetti dalam air mendidih sehingga menjadi lembut untuk dimakan.
  4. Panaskan minyak.
  5. Masukkan bawang putih dan tumiskan.
  6. Masukkan sosej dan daging ayam dan biarkan seketika biar separuh masak.
  7. Masukkan sos tomato. Kalau suka kuah banyak dan ramai yang makan, masukkan secukupnya ye. Kacau sebati.
  8. Masukkan tomato puree. Kacau sebati.
  9. Tunggu hingga mendidih dan siap.
  10. Spaghetti tu pastikan kacau juga takut melekat pada kuali. Toskan bila dah siap masak spaghetti tadi. Siap dihidang dan bersedia nikmatinya dengan keluarga

4) Resepi Ayam Masak Sos Tiram

Resepi berikut sangat ringkas, sedap dan mudah untuk disediakan. Ini kerana ia adalah kategori masak sekali sahaja dimana teknik yang digunakan ialah merenih sehingga pekat. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Isi ayam atau bahagian bertulang (potong kecil)
  • 1 ulas bawang besar (hiris bulat)
  • 3 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 10 ulas cili api (hiris) 
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kicap manis (ikut hitam yang kita mahu)
  • Sedikit air 

Kaedah

  • Mula-mula gaulkan ayam dengan semua bahan.
  • Sediakan kuali dan tambah sedikit minyak masak.
  • Apabila minyak mulai panas, masukkan semua bahan yang telah diperap tadi.
  • Gaul agar semua bahan sebati dan biarkan ia mereneh sehingga pekat.
  • Tambah air jika anda ingin masakan yang berkuah
  • Tambah juga kicap jika suka lebih hitam.

5) Resepi Kari Kambing

Resepi ini juga antara yang sedap tetapi amat ringkas untuk disediakan. Kambing yang digunakan didalam resepi ini ialah kambing kiub kerana ia juga amat sedap dan cepat empuk, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan Utama

  • 1kg kuib daging kambing (beku)

Bahan Kisar

  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Bahan-Bahan Lain:

  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2-3 biji ubi kentang (potong empat)
  • 2 biji tomato (potong empat)
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 tangkai daun kari 
  • 1 keping kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 3 sudu serbuk cili
  • 1 sudu serbuk garam
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak

Bahan pes rempah

  • 3 pek kecil rempah kari daging (gaul dengan sedikit air untuk dijadikan pes)

Kaedah

  • Perap kambing dengan garam dan sedikit pes kari, ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis kayu manis, bunga lawang,buah pelaga,bunga lawang
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
  • Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
  • Kacau seketika dan masukkan tomato.
  • Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah diperap tadi. 
  • Kacau bersama ubi kentang. 
  • Tambahkan air, serbuk cili, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Kacau sebati,tutup periuk dan biarkan mendidih.
  • Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam. Gaul sebati dan biarkan seketika.
  • Siap!

6)Resepi Ikan Kembung Sumbat

Sekali sekala masakan begini juga boleh dicuba orang bujang kerana bahan-bahan yang digunakan amat minima dan cara menyediakan ia juga amat ringka. Resepi ini telah dikongsikan oleh Nasreen Zainol dan telah mendapat banyak perkongsian, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Ikan kembung

Bahan kisar:

  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sedikit jintan
  • Serai
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan bahan kisaran mengikut anggaran ikan dan tumis sehingga kering.
  2. Masukkan gula, garam dan perasa secukup rasa.
  3. Belah belakang ikan kembung, sumbatkan ikan dan lumurkan ikan bersama asam jawa yang dicampurkan garam dan kunyit.
  4. Goreng!
  • Untuk elakkan sambal terburai, masak sambal sehingga betul – betul kering dan jadi seperti inti.
  • Goreng dengan minyak yang cukup sekadar menggoreng lapisan bawah sahaja.
  • Terbalikkan untuk pastikan ikan masak rata.
  • Elakkan kerap menterbalikkan ikan.

7) Resepi Kek Coklat Sibujang

Resepi berikut adalah resepi kek yang sesuai bagi mereka yang single dimana sukatan yang digunakan kecil dan sesuai untuk seorang dua sahaja,teknik yang digunakan untuk menyediakan kek ini ialah mengkukus dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Tepung Noraini’s Chocholate Moist Cake 150g
  • Telur sebiji 
  • ¾ cawan gula
  • Rujuk bungkusan tepung segera untuk sukatan air dan minyak masak

Kaedah

  • Masukkan telur,minyak dan gula  dalam pengisar.
  • Kisar sehingga kembang. 
  • Keluarkan masukkan dalam mangkuk besar.
  • Masukkan tepung dan air secara berlang seli. 
  • Kukus dalam 40 minit dalam mangkuk sederhana besar atau 25 minit jikan guna bekas kuih lompang.
  • Siap dan bolehlah dihiasi dengan coklat ganache.

8) Resepi Bendi Telur Hancur

Seterusnya resepi sayur bendi yang sangat ringkas cara pembuatannya dan sangat sesuai bagi melengkapi hidangan harian anda. Masakan ini juga amat sedap dan wajarlah anda cuba sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Bawang putih ditumbuk
  • Ikan bilis ditumbuk
  • Bendi
  • Cili merah dihiris
  • Telur
  • Garam atau secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Kaedah

  • Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih dan ikan bilis hingga garing.
  • Masukkan telur kemudian kacau hancur dan perasakan dengan garam atau secukup rasa.
  • Masukkan bendi dan cili merah yang dihiris sehingga garing. Masak dengan api besar.
  • Siap!

9) Resepi Bihun Goreng Sibujang

Berikut adalah resepi bihun goreng yang sangat sempoi kerana menggunakan bahan-bahan yang sangat ringkas,namun dengan cara yang betul ia pasti menambat rasa. Hidangan ringkas ini seusai untuk seorang dua makan dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • ½ bungkus bihun
  • Bahan-bahan kisar
  • ½ ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih 
  • Segenggam cili api

Bahan-bahan lain

  • Garam secukup rasa
  • Gula dan serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Mula-mula rendam bihun dalam air suam selama 10-15 minit sahaja.
  • Toskan dan gunting pendek-pendek agar mudah untuk digoreng.
  • Tumis semua bahan kisar sehingga naik minyak.
  • Masukkan garam,gula dan serbuk perasa.
  • Kacau rata dan akhir sekali masukkan bihun.
  • Goreng dan kacau-kacau bihun sehingga lembut dan sebati.
  • Tambah air jika bihun belum lembut.
  • Tambah kicap jika suka.
  • Siap!

10) Resepi Nasi Goreng Sibujang

Terakhir didalam koleksi ini ialah resepi nasi goreng yang ringkas tetapi sedap, untuk menyediakan ia anda hanya memerlukan beberapa bahan ringkas sahaja. Yang penting didalam penyediaan nasi goreng ialah api yang besar dan nasi yang berderai dan berikut adalah cara-cara penyediaannya. 

Bahan-bahan

  • Nasi sejuk
  • Bawang putih (cincang)
  • Cili api (hiris)
  • Ikan bilis (goreng dahulu)
  • Kiub pati ayam
  • Telur

Kaedah

  • Dalam kuali tumiskan bawang putih.
  • Masukkan telur, kacau hingga masak
  • Masukkan cili api dan biarkan semua bahan sebati
  • Masukkan nasi dan pecahkan kiub pati ayam kemudian gaul dan goreng agar semua bahan menjadi sebati.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng.
  • Siap! 

Itulah dia 10 resepi yang sesuai bagi sibujang kerana ia amat ringkas dan mudah untuk disediakan. Namun walaupun begitu soal keenakannya haruslah dititik beratkan juga. Didalam seni memasak jika kena dengan caranya masakan ringkas pasti akan terasa sedap juga. Walaupun bagi sibujang yang lazimnya tidak kisah makan apa asal halal dan sedap! Jangan lupa kongsikan resepi-resepi disini ya dan selamat mencuba! 

Koleksi Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami dimana mengandungi pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi yang boleh menjadi inpirasi dan memberi idea kepada anda. Diharap anda jangan lupa mencuba, like dan share juga agar memberi manafaat pada orang lain.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!