Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Devil’s Food ( Simple Dan Sedap)

author name

Kek coklat, siapa saja yang tidak suka kek coklat. Coklat adalah salah satu makanan yang selalu jadi pilihan untuk merawat kemurungan. Ini kerana coklat mengandungi bahan yang boleh meransang pengeluaran satu bahan kimia dalam otak kita iaitu endorfin.Hormon yang membuat kita rasa ‘happy’. Sebab itu, coklat menjadi pilihan ramai bila rasa ‘stress’.

Bercakap pasal kek coklat. Ia sentiasa jadi pilihan ramai dalam pelbagai keraian. Kek coklat juga ada banyak versi. Resepinya juga mudah didapati. Tapi rasa dan tesktur kek coklat ditentukan oleh kualiti bahan-bahannya dan tekniknya. Memang aneh walaupun resepinya nampak sama. Tapi atas kedua-dua faktor ini, ia menghasilkan rasa yang berbeza.

Resepi ini, adalah resepi yang Madam guna untuk tempahan. Tapi ia juga sesuai sebagai menu minum petang untuk tetamu istimewa. jadi terpulang jika ingin digunakan untuk mendapat pendapatan sampingan juga sangat sesuai. Justeru mari lihat resepinya.

Resepi Devil’s Food Cake

Bahan-bahan A ( Ayak)

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • ¾ sudu teh baking powder
  • ½ cawan serbuk koko berkualiti
  • 1 1/3 cawan gula castor

Bahan B

  • 2 biji telur gred AA

Bahan C

  • ½ cawan unsalted butter berkualiti yang masih sejuk.

Bahan D

  • ½ cawan susu
  • ½ cawan espresso yang masih panas
  • 1 sudu teh vanilla extract

Kaedah.

  • Panaskan oven pada suhu 160c dan gris 2 loyang saiz 8”. Lapik loyang dengan kertas minyak.
  • Kacau bahan-bahan A mengunakan ‘hand whisk’.
  • Kemudian masukkan butter serta kacau lagi sehingga adunan menjadi seperti serbuk.
  • Bila ia telah sebati masukkan telur,serta kacau sehingga semuanya mesra.
  • Bakar pada suhu 160 selama 35min atau sehingga masak.
  • Keluarkan dan biarkan dalam loyang sekurang-kurangnya 20 min sebelum diterbalikkan. Biar terus sejuk diatas redai,sebelum dihiasi dengan coklat fudge.

Diisi dengan fudge coklat.

Kek ini sangat mewah dengan coklat. Jika buat sendiri ia amat berbaloi untuk dicuba. Anda juga boleh tambah pendapatan. Banyak lagi resepi kami,jadi jangan lupa untuk mencuba resepi-resepi yang lain pula.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *