Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Spaghetti Bolognese Express 9 Minit Je Dah Siap!

author name

Kali ini kami bawakan resepi spaghetti bolognese versi paling cepat! Ianya amat sesuai untuk dihidangkan oleh orang bujang serta si amatur memasak. Spaghetti bolognese merupakan salah sebuah juadah yang didatangkan daripada negara Itali. Ianya merupakan spaghetti dan sos yang berasaskan tomato. Digabungkan pula dengan isi daging hancur ataupun ayam, pastinya membuat sesiapa yang merasainya jatuh cinta tau!

Spaghetti bolognese ini juga ringkas untuk disediakan. Selalunya, kita akan menggunakan sos spaghetti sahaja, namun begitu rasanya kurang asli dan sukar untuk diolah balik. Oleh itu, kali ini kita menggunakan tomato puree yang memberikan rasa yang lebih kuat dan asli. Hidangan ini juga amat sesuai untuk dihidangkan kepada anak – anak dan ahli keluarga anda! Pasti mereka akan menyukai hidangan ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Zakiah Faizal dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok resepi ini!

Resepi Spaghetti Bolognese

spaghetti bolognese
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Bawang putih 3 ulas
  • Sosej 4 batang
  • Daging ayam 2 keping
  • Sos tomato
  • Tomato puree 1 tin
  • Minyak masak
spaghetti bolognese 2
image via Facebook

Cara – cara memasak:

  1. Hiris kecil sosej.
  2. Potong dadu bawang putih dan daging ayam.
  3. Rebus spaghetti dalam air mendidih sehingga menjadi lembut untuk dimakan.
  4. Panaskan minyak.
  5. Masukkan bawang putih dan tumiskan.
  6. Masukkan sosej dan daging ayam dan biarkan seketika biar separuh masak.
  7. Masukkan sos tomato. Kalau suka kuah banyak dan ramai yang makan, masukkan secukupnya ye. Kacau sebati.
  8. Masukkan tomato puree. Kacau sebati.
  9. Tunggu hingga mendidih dan siap.
  10. Spaghetti tu pastikan kacau juga takut melekat pada kuali. Toskan bila dah siap masak spaghetti tadi. Siap dihidang dan bersedia nikmatinya dengan keluarga

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *