Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Spaggethi Goreng (Citarasa Orang Kita!)

author name

Menu biasa kita selalu dengar dikaitkan dengan spaggethi pasti sahaja bolognese ataupun carbonara. Balik – balik, dua itu sajalah! Tapi hari ini, kami bawakan resepi yang unik tau! Resepi Spaggethi Goreng.

Juadah ini pasti kena dengan tekak orang kita. Rasanya juga pedas, wah pasti semua suka! Cara pembuatan spaggethi goreng ini tidak sukar, lebih kurang seperti mee ataupun mihun goreng. Jadi apa tunggu lagi? Jom masak!

Resepi ini dikongsikan oleh Nora Azni dan telah mendapat banyak komen positif di media sosial.

Resepi Spaggethi Goreng

spaghetti-goreng
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Sebungkus spaghetti
  • Dada ayam (dipotong kecil)
  • 8 ekor udang ( buang kulit belah belakang)
  • 7 ulas bawang putih ( cincang)
  • Tomato ( potong dadu)
  • 3 sudu besar serbuk cili/chili flakes
  • 1 sudu besar cili giling
  • 5 sudu besar olive oil
  • 1 sudu besar oregano
  • 2 kiub pati ayam
  • Sedikit pepper dan gula

Langkah – langkah memasak:

  1. Rebus air bersama sedikit minyak dan sedikit garam.
  2. Bila dah mendidih, masukkan spaghetti.
  3. Kacau-kacau supaya mudah masakSementara tunggu spaghetti lembut, panaskan olive oil, tumiskan bawang putih.
  4. Kemudian, tambahkan chili flakes, oregano dan 1 sudu besar cili giling (Kacau-kacau jangan bagi hangit)
  5. Masukkan udang dan ayam, biarkan sekejap supaya ayam masak.
  6. Tambahkan 2 kiub pati ayam, sedikit gula untuk seimbangkan rase pedas.
  7. Sekarang boleh masukkan spaghetti yang dah direbus tadi.
  8. Akhir sekali, masukkan tomato dan sedikit pepper.
  9. Kacau-kacau supaya semua sebati.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *