Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Paprik Seafood Macam Kat Restoran Punya Confirm Laku!

author name

Paprik Seafood, hidangan yang sangat biasa didapati sekiranya anda pergi ke restoran Thai dan di gerai berhampiran anda. Ianya merupakan juadah yang berasal daripada Thailand dan digemari oleh ramai di antara kita. Paprik seafood biasanya dimakan bersama dengan pelbagai jenis sup ataupun begitu sahaja, serta digabungkan bersama dengan nasi putih atau nasi goreng.

Kali ini kami bawakan resepi paprik seafood ini khas buat anda semua. Resepi ini merupakan resepi yang amat lazat dan pastinya akan menjadi salah satu hidangan kegemaran anda. Paprik seafood ini juga ringkas dan mudah untuk disediakan. Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati. Jadi, mari kita lihat resepi ini!

Resepi ini dikongsikan oleh Siti Syuhaida Ramli dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Gerenti lazat dan menyedapkan!

Resepi Paprik Seafood

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 15 ekor udang
  • 2 ekor sotong saiz besar
  • 5 ulas bawang putih *
  • 1 biji bawang besar *
  • 10 biji cili api *
  • 4 sudu cili kering mesin
  • Daun limau purut
  • 2 batang serai dititik
  • Cili sos
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • 1 biji bawang holand (dipotong)
  • Kacang panjang
  • Baby corn
  • Carrot
  • Cauliflower

Cara – cara memasak:

  1. Bahan bertanda (*) ditumbuk.
  2. Tumiskan serai bersama bahan yang telah ditumbuk.
  3. Masukkan cili kering, tumis hingga garing.
  4. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.
  5. Masukkan daun limau purut dan segala sayuran.
  6. Masukkan seafood.
  7. Perasakan dengan garam mengikut citarasa anda.
  8. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *