Resepi Buttermilk Chicken (Gerenti Laku!)

Buttermilk Chicken, resepi yang amat popular! Ianya digemari oleh setiap lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun umur. Buttermilk Chicken mudah untuk disajikan, hanya perlukan langkah – langkah semudah 1,2,3.

Kali ini kami bawakan kepada anda resepi buttermilk chicken. Kini, anda bolehlah hidangkan hidangan ini kepada ahli keluarga anda!

Resepi ini dikongsikan oleh Rozmaliza Omar di laman Facebook milik beliau. Jom kita tengok!

Resepi Buttermilk Chicken

Resepi Buttermilk Chicken (Gerenti Laku!) 2
image via Facebook

Bahan – bahan:

Ayam:

  • 2 keping isi ayam (potong kecil)
  • 3 sdb tepung bestari
  • Sedikit air

Sos Buttermilk:

  • 3-4 sdb butter
  • 1 keping cheddar cheese
  • 1/2 tin lebih sikit susu cair
  • 1 kiub ayam Knorr
  • 1-22 sdb susu pekat manis (tidak wajib)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 – 4 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Cili padi (dihiris halus)

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan butter hingga cair.
  2. Kemudian, tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga wangi.
  3. Masukkan susu cair dan susu pekat manis.
  4. Tambah air sikit dan kiub ayam knorr.
  5. Kemudian masukkan cheese. Biarkan cheese cair.
  6. Akhir sekali masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Kacau rata. Jika sudah cukup masin tak perlu tambah garam.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini!

Leave a Comment