Resepi Sambal Tumis Telur (Versi Telur Puyuh)

Resepi Sambal Tumis Telur merupakan resepi yang amat ringkas tetapi tetap menghasilkan rasa yang amat lazat. Resepi ini juga amat sesuai buat mereka yang sibuk tetapi masih ingin makan hidangan yang lazat.

Resepi Sambal Tumis Telur ini menggunakan bahan yang amat ringkas dan boleh didapati di dapur anda. Jadi, sesiapa sahaja boleh cuba menyediakan resepi ini.

Resepi ini dikongsikan oleh Ida Zairi dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!

Resepi Sambal Tumis Telur

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 24 biji telur puyuh (rebus dan kopek kulitya dan goreng dalam minyak)
  • 1 sudu kecil asam jawa extra
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Secubit belacan (tidak wajib)

Cara penyediaannya:

  1. Telur digoreng hingga kuning sedikit, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan cili kisar & masak hingga keluar minyak, guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan air asam jawa dan tambah garam & gula secukup rasa. Jka suka boleh masukkan serbuk perasa sikit. Masak hingga pekat.
  4. Tambah bawang besar dan telur puyuh yang sudah digoreng. Gaul rata, biar hingga bawang layu.
  5. Rasa dan jika rasanya ok bolehlah padamkan api dan hidang.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *