Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Lemak Kunyit Lain Macam Sedap

author name

Resepi kali ini merupakan resepi sarapan pagi yang paling digemari oleh orang Malaysia. Nasi lemak adalah masakan Melayu yang sangat popular di kalangan pelbagai masyarakat dan bangsa di negara kita ini. Ia adalah nasi yang dimasak bersama santan dan juga daun pandan. Lazimnya nasi lemak berwarna putih namun di dalam perkongsian kali ini kunyit digunakan sebagai bahan yang unik.

Bagi anda yang ingin mencubanya sendiri berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai yang berdekatan.

Bahan nasi:

  • 4 pot beras
  • 1 cawan santan
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 inci halia diketuk
  • 2 ulas bawang merah – dimayang halus
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • Air secukupnya
  • 1 sudu teh garam
  • Masukkan semua bahan kedalam periuk elektrik, tekan cook, on plug, biar sehingga masak.
  • Sedia dihidang bersama bahan nasi lemak yang lain.
  • 1 cawan ikan bilis dicuci bersih dan ditoskan
  • 1 cawan santan
  • 2 biji besar bawang merah – dikisar
  • 1 biji bawang besar holland – dimayang halus
  • 1cm halia – dikisar
  • 1 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 hirisan lengkuas – dikisar
  • 2 sudu makan pes cili
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka atau nissan secukupnya
  • Sedikit bahan perasa
  • Sedikit belacan
  • Minyak untuk menumis
  • Tumis bawang besar yang dimayang hingga layu.
  • Masukkan bahan kisar, pes cili dan santan, kacau hingga naik minyak.
  • Masukkan ikan bilis, garam, gula melaka, asam keping, belacan dan sedikit perasa. Kacau hingga kuah pekat dan berkilat.
  • Angkat dan sedia untuk dihidang bersama nasi lemak.
  • Telur rebus
  • 1 batang timun jepun – dihiris serong

Nasi lemak ini tidak lah mempunyai banyak perbezaan berbanding nasi lemak biasa hanya ia mempunya rasa unik yang datang daripada kunyit dan warnanya juga lebih cantik. Diharap anda akan mencuba resepi unik ini dan jadikan ia sebagai hidangan untuk keluarga anda. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Resepi Nasi Lemak Telang

Resepi Nasi Lemak Strawberi

Resepi Nasi Lemak Halba

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *