Resepi Nasi Lemak Telang Menarik Deboom

Resepi nasi lemak kali ini merupakan salah satu resepi nasi lemak yang amat jrang ditemui. Nasi lemak telang seperti nasi kerabu ia menggunakan bunga telang sebagai bahan utamanya. Perbezaannya ialah nasi lemak ini mempunyai tambahan santan dan daun pandan menjadikan rasanya amat sedap kerana aromanya yang menarik.

Bagi anda yang sedang mencari idea untuk menyediakan hidangan sarapan pagi keluarga anda, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 3 cawan beras
  • 1 peket kecik santan 
  • Segenggam bunga telang  (rebus untuk dapatkan airnya)
  • Daun pandan
  • Halba
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak 1 sudu besar 

Kaedah

  • Bersihkan beras dan letak didalam periuk nasi.
  • Tambahkan santan dan air rebusan bunga telang (cukupkan menjadi 5 cawan)
  • Kemudian tambah garam,gula,minyak masak, minyak dan daun pandan.
  • Masak nasi seperti biasa.
  • Hidangkan nasi lemak bersama sambal tumis, telur rebus,hirisan timun dan juga ikan bilis dan kacang goreng.
  • Siap!

Nasi lemak telang ini popular disebelah negeri Pantai Timur, jadi bagi anda yang inginkan kelainan dalam pengalaman memasak jangan lupa untuk cuba resepi ini ,selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *