Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Lemak Halba Yang Biasa Jadi Luarbiasa

Resepi kali ini merupakan salah satu resepi nasi lemak yang sentiasa mendapat permintaan. Nasi lemak diperbuat daripada beras yang dimasak bersama santan dan daun pandan. Namun begitu nasi lemak juga mengalami evolusi bagi memenuhi permintaan.Salah satunya ialah nasi lemak halba, ia mempunyai rasa yang sama seperti nasi lemak biasa namun begitu dengan tambahan halba ia memberi satu aroma menarik dan lebih sedap. 

Berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati dikedai berdekatan.

Bahan-bahannya

  • 2 cawan beras
  • 1 cawan santan+1 cawan air
  • 1 sudu kecil halba
  • sedikit halia (diketuk)
  • 1 ikat daun pandan
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • sedikit minyak

Sambal Tumis

  • 1 genggam ikan bilis
  • sedikit belacan
  • 3 biji bawang merah
  • 1/4 biji bawang besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • garam
  • gula
  • sedikit air asam jawa

Sampingan

  • Telur rebus
  • Timun
  • Ikan bilis goreng

Kaedah

  • Basuh beras dan masak nasi seperti biasa,  masukkan semua bahan-bahan untuk nasi lemak dan  sukatan santan untuk masak nasi ni boleh ikut sukatan air pada periuk nasi masing-masing ya.

Untuk sambal ikan bilis.

  • Goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar bersama bahan yang diblender tadi, tumis hingga betul garing, baru masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau selalu.
  • Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris kasar dan ikan bilis goreng tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula,
  • Sedia untuk dihidangkan bersama nasi lemak,

Sungguhpun halba lazimnya digunakan didalam  nasi dagang namun begitu bagi anda pencinta nasi lemak sewajarnya mencuba resepi ini kerana ia mempunyai rasa yang tidak kurang sedapnya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!