Resepi Bubur Kacang (Sukatan untuk 2 Orang)

Resepi kali ini adalah resepi yang sesuai sebagai menu minum petang. Ini adalah antara manisan popular orang Melayu. Kerap juga dijadikan hidangan di majlis-majlis keraian atau kenduri kendara.

Bubur kacang biasanya diperbuat daripada kacang hijau dengan santan dan gula kabung, gula Melaka (nisan) atau gula tebu. Kacang hijau direbus sampai empuk, dan gula dan santan ditambahkan. Selain dari itu bubur kacang juga popular dengan tambahan isi durian. Ia sedap dimakan bersama roti juga selain dinikmati begitu sahaja.

Bubur kacang juga banyak dijual digerai atau restoran bagi mereka yang teringin makan bubur ini. Resepi kali ini Madam bawakan dengan sukatan yang kecil agar mencukupi untuk makan 2-3 orang sahaja. Mari lihat bahan-bahannya.

Resepi Bubur Kacang (Sukatan untuk 2 Orang)

Bahan-bahan

  • Secawan kacang hijau
  • Setengah inci halia ditumbuk
  • Empat sudu gula merah
  • Dua sudu gula pasir
  • Dua helai daun pandan simpulkan
  • Santan satu paket kecil

Kaedah

  • Rebus kacang hijau sehingga empuk.
  • Masukkan gula merah, gula pasir dan daun pandan yang telah di simpulkan.
  • Rebus sehingga semuanya sebati. 
  • Masukkan santan dan kacau sekali sekala.
  • Masukkan garam secubit rasa.
  • Rebus dan masak hingga kacang hijau betul-betul empuk.
  • Siap.

Bubur kacang ini memerlukan masa yang cukup untuk memastikan kacang hijau benar-benar empuk. Selain gula kabung atau gula melaka, anda boleh juga menggunakan gula pasir sahaja. Hanya warnanya lebih cerah sahaja, namun rasanya tetap sama sedap.

Oleh itu, apa kata anda mencuba resepi ini sebagai hidangan minum petang atau semasa menyambut kedatangan tetamu ke rumah anda. Selamat mencuba.

Resepi Lain Yang Juga Menarik

Selain dari resepi ini, kami mempunyai pelbagai lagi koleksi resepi lain,jadi jangan lupa like dan share ya. Terima kasih.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *