Koleksi 10 Resepi Bubur Buat Confirm Jadi

Bubur merupakan sejenis masakan berkuah yang mengguna pelbagai jenis bahan masakan terutamanya yang berasal dari bijirin seperti kacang hijau, kacang merah,pulut,beras,jagung,sagu malah ubi seperti keledek atau ubi juga biasa dijadikan bubur. Bahan bijirin seperti ini dimasak bersama santan dan gula lazimnya gula merah atau gula melaka dan ditambah dengan daun pandan untuk memberi aroma yang lebih menarik.. Jadi tidak hairanlah jika bubur mendapat tempat dihati peminat masyarakat  pelbagai usia dan bangsa. 

Koleksi kali ini menghimpunkan 10 jenis resepi bubur paling popular yang  menggunakan pelbagai jenis bijirin didalam penyediaanya. Jom kita lihat apakah resepi -resepi tersebut.

Resepi Bubur Asyura

Resepi ini dikongsikan oleh Azrina Ien dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Bubur asyura ini agak menarik kerana ianya biasanya disediakan bagi meraikan hari asyura iaitu pada 10hb Muharram tahun Islam. Bahannya mestilah 10 jenis terdiri dari pelbagai rempah ratus dan ia mempunyai rasa yang mengenyangkan. Bagi anda yang ingin mrncuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Bubur Asyura (Versi Johor) 2
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cwn beras
  • 2 cwn santan
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 sb udang kering*
  • 2 cawan / lebih daging lembu / daging ayam kisar / cincang
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1 sk / lebih serbuk lada hitam
  • kacang kuda (direndam semalaman)
  • Sedikit daun sup (dipotong halus)
  • Kentang dan carrot secukupnya (dipotong dadu)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bawang goreng
  • 3 sb rempah soto / rempah baryani
  • 1 pkt sup bunjut
  • Rempah 4 sekawan
  • Air secukupnya
  • Serbuk perasa (ikut suka seperti serbuk pati ayam)

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis set rempah 4 sekawan, tumis seketika baru masukkan bahan kisar. Tumis hingga sedikit garing dan naik bau.
  2. Bancuh perencah soto / beryani / sup dengan 1/2 cawan air, masukkan dalam tumisan tadi dan tumis seketika.
  3. Masukkan daging ayam, masukkan lada hitam/putih dan sup bunjut dan sedikit air dulu. Masak hingga daging separuh lembut.
  4. Kacau seketika masukkan beras dan kacang kuda jika suka, air secukupnya, sedikit garam dulu, sikit gula dan serbuk pati ayam jika suka. Sentiasa kacau bagi mengelakkan bubur melekat.
  5. Apabila nampak beras sudah kembang, baru masukkan kentang dan carrot.
  6. Apabila kentang, carrot dan kekacang lembut, masukkan santan dan tambahan air masak jika nampak terlalu pekat.
  7. Perasakan dengan garam secukupnya.
  8. Apabila sudah masak, tabur bawang goreng, kacang tanah goreng dan daun sup / daun saderi.
  9. Sedia dihidangkan.

Resepi Bubur Nasi Bersambal

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ct Barriah Abd Wahab dan mendapat banyak shares di laman Facebook beliau dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ianya amat sesuai bagi peminat bubur nasi, walaupun bubur nasi ini biasanya dihidang untuk anak-anak kecil atau warga emas namun resepi ini juga sesuai bagi orang dewasa kerana ia mempunyai tambahan sambal didalam penyediaannya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

bubur nasi bersambal
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bubur nasi:

  • Beras
  • Air
  • Kiub ayam
  • Sedikit garam
  • Santan

Sambal cili kering

  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Udang kering
    Kesemua bahan digoreng terlebih dahulu

Cara – cara memasak:

Bubur nasi:

  1. Basuh beras, masukkan air, garam dan masak sehingga menjadi bubur.
  2. Masukkan kiub ayam dan santan.
  3. Apabila sudah sebati, tutup api.

Sambal cili kering:

  1. Sejukkan bahan yang telah digoreng terlebih dahulu.
  2. Kisar kering, masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
  3. Untuk berikan ianya lebih basah, masukkan minyak lebihan gorengan tadi dan kisar lumat.

Resepi Bubur Jagung

Resepi bubur jagung ini telah dikongsikan oleh Rozmaliza Omar di laman sosial Facebook. Ia adalah cara menyediakan bubur jagung menggunakan periuk tekanan Noxxa. Oleh itu ianya sangat mudah dan cepat disediakan apabila menggunakan periuk ini.Rasanya juga tidak kurang juga sedapnya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Bubur Jagung (Menggunakan Noxxa) 2
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 4 tongkol jagung dihiris
  • 1/2 cawan beras pulut dibasuh dan toskan
  • 2 helai daun pandan
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • Air secukupnya (ikut kepekatan)
  • 2 keping gula melaka (jika rasa tak manis tambah gula putih biasa)

Cara – cara penyediaannya:

  1. Masukkan jagung yang telah dihiris, beras pulut dan masukkan air, paras melebihi jagung.
  2. Tutup periuk noxxa, tombol hala ke “pressure” dan tekan mode “high pressure” selama 10 minit.
  3. Apabila bunyi beep, putar tombol ke arah “steam” untuk lepaskan wap.
  4. Buka tudung noxxa, jagung dan beras pulut sudah masak. Masukkan santan, gula melaka, sedikit garam dan daun pandan yang telah disimpul.
  5. Kacau rata sekejap dan on mode “stir fry” dan kacau sehingga kesemua bahan sebati. Sekiranya tidak manis boleh tambah gula putih mengikut citarasa sendiri.
  6. Apabila sudah nampak sebati, pulut pun sudah kembang, boleh offkan “stir fry”.
  7. Siap untuk dihidangkan bubur.

Resepi Bubur Kacang Hijau

Resepi berikut ini adalah resepi bubur kacang hijau yang dikecilkan sukatannya sesuai sebagai hidangan untuk 2 orang. Penyediaannya mungkin memakan sedikit masa namun masih berbaloi terutama bagi peminat bubur kacang hijau. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Bubur Kacang (Sukatan untuk 2 Orang) 3

Bahan-bahan

  • Secawan kacang hijau
  • Setengah inci halia ditumbuk
  • Empat sudu gula merah
  • Dua sudu gula pasir
  • Dua helai daun pandan simpulkan
  • Santan satu paket kecil

Kaedah

  • Rebus kacang hijau sehingga empuk.
  • Masukkan gula merah, gula pasir dan daun pandan yang telah di simpulkan.
  • Rebus sehingga semuanya sebati. 
  • Masukkan santan dan kacau sekali sekala.
  • Masukkan garam secubit rasa.
  • Rebus dan masak hingga kacang hijau betul-betul empuk.
  • Siap.

Resepi Bubur Kacang Merah

Resepi bubur kacang merah ini juga antara resepi yang harus dicuba bagi peminat bubur kacang. Sebaiknya kacang merah ini direndam terlebih dahulu agar masa untuk merebusnya lebih singkat, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Bubur Kacang Merah Lazatnya Buat Minum Petang 2

Bahan-bahan

  • 1 cawan kacang merah (rendam hingga kembang, kemudian cuci bersih toskan)
  • Air secukupnya untuk merebus kacang
  • 1/2 cawan sagu ( cuci bersih dan toskan)
  • 1 buku gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir ~ ikut citarasa kalau tak suka manis kurangkan
  • 1 cawan santan
  • 1 helai daun pandan di simpul
  • Secubit garam

Kaedah

  • Kacang di rendam hingga kembang paling kurang 4 jam
  • Cuci bersih dan rebus bersama air secukupnya hingga ia kembang dan kacang pecah
  • Kemudian masukkan sagu dan masak lagi hingga sagu masak dan jernih
  • Sementara itu, satukan santan pekat dan garam untuk di makan bersama bubur kacang merah 
  • Dalam periuk lain masak gula Melaka bersama sedikit air hingga gula larut, kemudian tapis
  • Tuangkan gula Melaka kedalam periuk rebusan kacang
  • Masukkan daun pandan dan gula pasir
  • Masak lagi hingga gula hancur
  • Tambahkan santan dan perasakan dengan garam agar terbit rasa lenak manisnya
  • Biarkan merenih sebentar dan tutup api
  • Siap!

Resepi Bubur Jagung Bersagu

Seterusnya yang paling mudah dan sedap bagi peminat jagung kerana rasa sagu dan jagung memberi rasa yang sangat menarik. Bagi anda yang ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 tongkol jagung manis mentah – kopekkan dan keluarkan isinya
  • 3 sudu besar gula pasir – tambah lagi bila nak lebih manis
  • 3 sudu besar gula perang
  • 4 sudu besar sagu hijau atau apa-apa warna
  • 1 peket kecil santan segar
  • 2 helai daun pandan dan simpulkan.

Kaedah

  • Mula-mula rebus sagu sehingga ia menjadi kembang dan sedikit jernih.
  • Masukkan daun pandan dan tambah air .
  • Apabila air rebusan mendidih masukkan biji jagung tadi.
  • Tambahkan gula dan air jika perlu.
  • Apabila bubur mulai sebati tambahkan santan dan air lagi.
  • Jangan lupa secubit garam untuk menaikkan lemak santan.
  • Kacau sehingga santan dan semua bahan menjadi sebati.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Pelangi Candil

Resepi seterusnya adalah hasil perkongsiaan dari Nur Lyann . Dimana bahan yang digunakan ialah tepung pulut yang dibentuk bulat selepas diwarnakan dengan pelbagai warna. Rasanya sedap kerana kekenyalan candil ini terutama bila dimakan bersama kuah santannya. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 3 cawan tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam

Bahan B:

  • 1 kotak santan Kara
  • 2 / 3 helai daun pandan
  • 1 cawan sagu biji (basuh dan ramas sedikit)
  • 1 ketul gula melaka
  • Gula putih secukupnya

Cara – cara memasak:

  1. Ulikan tepung pulut bersama sedikit garam dan air sehingga lembut dan tidak melekat ditangan.
  2. Bahagikan beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai.
  3. Bulatkan mengikut saiz yang anda gemari dan rebus sehingga timbul.
  4. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air sejuk.
  5. Di dalam periuk lain, panaskan santan.
  6. Masukkan dua helai daun pandan.
  7. Masukkan gula melaka dan gula putih.
  8. Tambahkan air dan kacau. Apabila nampak mendidih, masukkan biji tepung pulut dan biji sagu.
  9. Kacau sehingga mendidih dan sedia untuk dihidangkan.
  10. Siap!

    Nota: Bubur ini sesuai dimakan panas panas. Jika ingin makan sejuk, sesuai juga dihidangkan bersama 2 ke 3 ketul kiub ais.

Resepi Bubur Sum sum

Sum-sum ini adalah sejenis bubur yang menggunakan tepung beras yang dimasak bersama santan, kemudian ianya dimakan bersama sirap gula merah. Ianya tidak seperti bubur lain kerana tidak mempunyai kuah yang banyak, namun sangat menarik jadi anda haruslah mencubanya sendiri. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Bubur Sum Sum Sempoi Mesti Mak Mentua Suka 2

Bahan-bahan

  • 3 helai daun pandan – dicuci dan diikat kemas
  • 3 cawan air
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan tepung beras
  • 1tsp garam

Kaedah

  • Dalam periuk, campurkan semua bahan di atas. Kacau hingga sebati.
  • Letakkan periuk di atas api  dan kacau hingga ia menjadi pekat, berkilat dan meletup-letup
  • Keluarkan dari periuk dan sejukkan didalam mangkuk atau apa-apa acuan.

Bahan-bahan sirap gula merah

  • Gula pasir secukup rasa (ikut suka)
  • Gula merah – 3 sudu makan dan di potong-potong)
  • Air 1 cawan
  • 2 helai daun pandan
  • 1tsp tepung jagung+1tbs air 

Kaedah

  • Didalam panaskan semua bahan hingga gula larut sepenuhnya.
  • Tambahkan air tepung jagung agar lebih pekat.

Resepi Bubur Pulut Hitam

Bubur yang sentiasa menjadi pilihan terutamanya didalam majlis-majlis keraian kerana keenakkannya. Ia menggunakan pulut hitam yang direbus hingga empuk bersama santan,gula merah dan daun pandan. Anda haruslah mencuba sendiri bubur pulut hitam yang lazat ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Bubur Pulut Hitam Warisan Turun Temurun 2
  • 1 cawan pulut hitam
  • Air secukupnya untuk merebus beras pulut hitam
  • ½  cawan gula merah
  • ½ cawan gula putih
  • 1 sudu teh garam
  • 1tbsp sagu (pilihan)
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • 1 cawan pati santan kelapa 

Kaedah

  • Beras pulut hitam dibasuh bersih dan direndam semalaman, kemudian dibasuh lagi dan ditoskan.
  • Masukkan beras pulut hitam di dalam periuk bersama air dan daun pandan. Rebus sehingga sehingga empuk dan kembang.   
  • Sekiranya air telah kering dan beras masih belum empuk, tambahkan air lagi.
  • Bila ia telah separuh empuk, masukkan sagu jika anda suka.
  • Biarkan sagu separuh jernih baru masukkan gula putih dan gula merah.
  • Tambah lagi air jika bubur terlalu pekat.
  • Apabila bubur makin pekat, masukkan santan pekat.
  • Masak lagi hingga bubur menjadi pekat.
  • Akhir sekali masukkan garam.
  • Tutup api dan hidangkan bubur pulut hitam dengan kuah santan.

Bahan kuah santan

  • ¼ cawan santan pekat
  • ½ cawan air
  • 1 tsp garam
  • 1tsp tepung jagung + 1tbsp air

Kaedah

  • Campur semua bahan dan buka api.
  • ‘Biarkan kuah mengelegak dan tambah air tepung jagung.
  • Tutup api.
  • Sejukkan sebelum digunakan.

Resepi Bubur Cha-cha

Resepi terakhir didalam kolkesikali ini merupakan bubur yang sangat terkenal sejak berzaman lamanya, cuma bezanya dahulu ianya tidak diwarnakan namun kini cha-cha kering boleh didapati dikedai dan sangat mudah untuk menyediakan ia, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Bubur Cha-Cha Macam Zaman Dulu-dulu 2

Bahan-bahan

  • 1 cawan cha cha kering (anggaran 140-150 gram)
  • 2 mangkuk santan pekat
  • 3 sudu besar sagu
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 1 ketul kecil gula melaka
  • 5-6 sudu besar gula
  • garam secukup rasa

Kaedah

  • Rendam sagu seketika, anggaran masa 10 minit.
  • Rebus cha cha kering sehingga lembut dan toskan airnya. Kemudian bilas dengan air sejuk untuk menghentikan proses pemanasan.
  • Masukkan santan, daun pandan dan cha cha yang direbus tadi ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan, dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul.
  • Apabila mendidih masukkan sagu, gula pasir, gula melaka dan garam secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
  • Teruskan kacau sehingga bubur masak sebati. Angkat dan hidangkan.

Dengan itu diharap 10 resepi bubur ini dapat anda cuba sendiri sebagai pilihan anda terutama bagi anda yang masih baru dalam dunia masakan.Ini kerana bubur adalah antara masakan yang paling mudah untuk disediakan walaupun ada sesetengah resepinya memakan masa dalam penydiaannya. Namun ada resepi bubur yang cepoat untuk disediakn seperti bubur cha-cha dan bubur jagung. Jangan lupa untuk mencuba resepi-resepi didalam koleksi ini dan kongsikan agar dapat memberi inspirasi kepada orang lain. Terima kasih dan selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi yang boleh menjadi inpirasa dan memberi idea kepada anda. Diharap anda jangan lupa mencuba dan like dan share juga agar memberi manafaat pada orang lain.

Leave a Comment