Koleksi 10 Resepi Kek Marble Yang Marbeles Sempoi Sangat Berbaloi Try

Kek marble merupakan sejenis kek yang lazimnya diperbuat daripada kek butter. Ia mendapat nama marblenya atas sebab rupanya yang seperti marble apabila ditambah dengan perisa lain. Corak yang terhasil apabila kek dilorek menggunakan pelbagai jenis alat yang sesuai. Antara alat yang digunakan ialah lidi, garfu atau pun batang chopstik.

Ada banyak resepi kek marble yang terdapat dipasaran yang boleh anda cuba, namun begitu melalui perkongsian kali ini kami akan kongsikan kepada anda 10 resepi kek marble yang paling digemari dan telah  banyak dicuba untuk menyatakan keenakkan kek marble ini yang sentiasa mendapat permintaan. Berikut adalah resepi-resepi yang telah kami senaraikan yang boleh anda cuba sendiri.

1) Resepi Kek Marble Jelita

Resepi berikut merupakan salah satu resepi kek marble yang telah menjadi popular dan viral sejak akhir-akhir ini.teknik untuk membuatnya ialah seperti kek sponge namun ia amat mudah disamping rasanya yang sedap. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan 

A

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • ½ tsp garam
  • 11/2 tbsp ovalette
  • 50ml susu segar/cair
  • 1 cawan gula halus
  • 150g butter (cair dan sejukkan)
  • 5 biji telur gred B

Kaedah

  • Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk pengadun kecuali butter.
  • Pukul sehingga gebu, akhir sekali baru kaup balik butter.
  • Pastikan semua bahan sebati.
  • Bahagikan sedikit adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.
  • Selebihnya masuk kedalam loyang empat segi saiz 8”.
  • Tuang adunan berwarna dan lorekkan membentuk corak yang cantik.
  • Bakar pada suhu 160c selama 40- 60 min.
  • Letak di rak bawah supaya warnanya tidak rentung.

2) Resepi Cupcake Marble

Resepi seterusnya adalah sejenis kek cawan yang menggunakan resepi kek marble. Tidak seperti kebiasaan kek cawan , kek  ini tidak perlu sebarang hiasan berkrim kerana rupanya sahaja memadai menarik perhatian dan menyelerakan. Berikut adalah cara-cara menyediakan cupcake ini.

Bahan-bahan 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • ½ tsp garam
  • 11/2 tbsp ovalette
  • 50ml susu segar/cair
  • 1 cawan gula halus
  • 150g butter (cair dan sejukkan)
  • 5 biji telur gred B

Kaedah

  • Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk pengadun kecuali butter.
  • Pukul sehingga gebu, akhir sekali baru kaup balik butter.
  • Pastikan semua bahan sebati.
  • Bahagikan sedikit adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.
  • Selebihnya masuk kedalam acuan cupcake.
  • Tuang adunan berwarna dan lorekkan corak.
  • Bakar pada suhu 160c selama 25 minit.
  • Siap!

3) Resepi Kek Marble Kampung

Resepi  berikut merupakan kek marble yang menggunakan bahan-bahan ringkas. Antara bahan yang digunakan ialah marjerin, sebab itu namanya marble kampung kerana bahan yang digunakan jenis murah dan mudah untuk didapati. Malah rasanya amat sedap, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan kering

  • 3 cawan tepung gandum 
  • 2 sudu teh serbuk penaik

Bahan-bahan basah

  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 1 1/2cwn majerin/planta
  • 6 biji telor 
  • 1sudu esen vanila.
  • ¼ cawan susu cair/segar

Untuk marble.

  • 1 sudu besar serbuk koko.

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Sediakan loyang saiz 8”.
  • Mula-mula pukulkan gula bersama marjerin/planta hingga putih/pucat
  • Masukkan telur satu persatu, pastikan ia sebati sebelum menambah telur yang lain.
  • Akhir sekali masukkan susu dan tepung secara berselang seli.
  • Apabila semua bahan telah sebati. Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko.
  • Masukkan adunan vanila kedalam loyang dahulu dan kemudian masukkan adunan coklat dan tompok-tompokkan keatas adunan kek vanila tadi.
  • Dengan menggunakan lidi corak-corakkan kek seperti marble.
  • Bakar selama 40 minit sehingga kek masak, uji dengan lidi untuk memastikan kek masak dengan betul.
  • Sejukkan kek diatas redai sebelum dihidangkan.

4) Resepi Kek Marble Ombre

Resepi seterusnya ini merupakan satu lagi resepi kek marble yang telah diubahsuai menjadi lebih menarik dan lebih sedap. Kek ini mempunyai gabungan kek vanila dan coklat. Warnanya pula mempunyai tiga warna iaitu coklat pekat, coklat cair dan kuning vanila. Berikut adalah bahan- bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

Pes coklat

  • 25g serbuk koko
  • 50g gula
  • 50g air panas
  • ½ sudu teh vanila
  • ⅓ sudu teh baking soda

Kaedah

  • Tuang semua bahan dan kacau agar menjadi pes.
  • Ketepikan.

Bahan-bahan kek

Bahan-bahan kering 

  • 220g tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • *ayak semua bahan dan ketepikan.

Bahan-bahan basah

  • 250g butter
  • 160g gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • ½ sudu esen vanila 
  • 75ml susu

Kaedah

  • Panaskan oven dan gris loyang bulat saiz 8”
  • Mula-mula pukul butter dan gula sehingga gebu dan putih.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pastikan adunan sebati setiap kali masukkan telur.
  • Apabila ia telah sebati masukkan tepung separuh dahulu, kaup balik.
  • Kemudian masukkan susu, kaup balik lagi.
  • Akhir sekali masukkan baki tepung, kaup balik semua bahan.
  • Siap.

Penyediaan kek marble ombre.

  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  • Bahagian pertama masukkan coklat pes yang telah disediakan.
  • Kacau sebati dan masukkan didalam loyang ya g telah disediakan.
  • Menggunakan mangkuk yang sama, kacau bahagian kedua aduanan.
  • Tuang kedalam loyang kek dan akhir sekali masukkan bahagian adunan yang terakhir.
  • Bakar kek pada suhu 160c selama 60 minit.
  • Uji kek dengan lidi untuk memastikan ia telah masak.
  • Sejukkan kek diatas besi redai.
  • Siap!

5) Resepi Kek Marble Susu

Resepi berikut adalah kek marble yang menggunakan dua jenis susu iaitu susu pekat dan susu segar. Resepi ini telah dikongsikan oleh Kak Iekaa dan mendapat ratusan shares dan like di Facebook. Kek ini memberi rasa yang lebih berlemak dan menarik terutama bagi peminat kek marble, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 6 biji telur
  • 1 sudu besar ovalate
  • 1 cawan gula halus (140-160g)
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan susu segar (50g)
  • 150g butter/ majerin dicairkan
  • 200g/2 cawan tepung gandum dan 1 sudu kecil baking powder diayakkan
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara – cara memasak:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali marjerin.
  2. Campurkan dalam kelajuan rendah selama 2-3 minit kemudian kelajuan tinggi sehingga gebu.
  3. Apabila tekstur sudah gebu, masukkan marjerin yang telah dicairkan dan gaul sebati.
  4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna kesukaan anda.
  5. Susun sesenduk secara bergilir sehingga habis.
  6. Panaskan ketuhar dan guna tingkat bawah sekali.
  7. Letakkan loyang pada suhu 150 – 160C masa 50 minit ke satu jam mengikut kepada ketuhar masing – masing.

6) Resepi Marble Sponge Cake

Resepi berikut telah dikongsikan oleh Noor Hafizah dan banyak komen positif serta perkongsian terdapat di laman media sosial beliau. Ia merupakan kek marble yang menggunakan resepi kek sponge. Oleh itu ia memberi rasa yang lebih ringan dan gebu. Cara membuatnya juga lebih mudah dimana semua bahan-bahan dipukul sekali gus, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 60g butter ( cairkan )
  • 3biji telur ( asingkan putih & merah )
  • 65g tepung superfine
  • 1sk serbuk penaik
  • 1sk garam
  • 45g susu segar
  • 50g gula castor

Cara – cara menyediakannya:

  1. Masukkan tepung, serbuk penaik & garam ke dalam bekas butter yang cair. Kacau sampai sebati.
  2. Masukkan kuning telur & susu ke dalam bekas tepung. Kacau dan kacau.
  3. Pukulkan putih telur dan gula sampai kembang gebu.
  4. Campur no 1, 2 ke dalam bekas no 3 dan kaup balik guna spatula. Siap.
  5. Bakar pada suhu 170c selama 40minit, waterbath.
  6. Siap!

7) Resepi Kek Marmar Gebu

Resepi ini merupakan kek marmar atau marble yang sangat gebu dan mempunyai cara yang hanya sedikit berbeza, dimana bahan yang wajib ada ialah ovellete iaitu sejenis bahan penaik yang membantu kek lebih gebu. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 150g marjerin/butter (cairkan)
  • 180g gula halus/castor
  • 5 biji telur gred B
  • 50ml susu segar
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar ovalet
  • 220 g tepung gandum
  • ½ sudu teh serbuk penaik

Bahan lain

  • 1 sudu teh serbuk nescafe
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • *Bancuh kedua bahan ini dengan sedikit air panas sehingga menjadi pes.

Kaedah

  • Mula-mula panaskan oven pada suhu 180c.
  • Sediakan loyang bulat saiz 8”,gris dan lapik dengan kertas minyak.
  • Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik, ketepikan.
  • Cairkan marjerin, ketepikan.
  • Masukkan semua bahan kecuali marjerin didalam mangkuk pengadun.
  • Pukul semua bahan dengan kelajuan yang sederhana.
  • Naikan kelajuan apabila semua bahan telah sebati.
  • Hentikan mesin pengadun, apabila adunan mulai kembang.
  • Kaup balik marjerin cair tadi sehingga adunan sebati dan berlipat-lipat.
  • Ambil sedikit adunan vanila ini dan tambahkan dengan dengan pes coklat.
  • Semasa masukkan adunan didalam loyang kek, selang selikan adunan.
  • Akhir sekali lorek dengan chopstik atau garfu untuk mendapatkan corak marmar.
  • Bakar pada suhu 180c selama 45min.
  • Apabila telah cukup masa, uji dengan lidi untuk memastikan kek cukup masak. Jika tidak bakar lagi 10 min.
  • Apabila telah masak, biarkan kek didalam loyang selama 10 min baru keluarkan.
  • Potong kek apabila kek telah sejuk.
  • Siap!

8) Resepi Kek Marble Kelapa Pandan

Resepi berikut ini adalah salah satu inovasi kek marble yang biasanya menggunakan perisa coklat. Gabungan vanila bersama perisan pandan dan serbuk kelapa keirung sememangnya amat menarik, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 5 biji telor gred A**
  • 1 Cawan minyak jagung**
  • 1 Cawan gula halus** ( kurangkan jika manis )
  • 1 Sudu besar Ovallet**
  • 1 sudu Teh perasa kelapa pandan**
  • 1 1/2 Cawan tepung gandum
  • 1 Sudu teh baking powder
  •  Ayakkan tepung gandum dan baking powder kemudian ketepikan.

Kaedah

  • Putar bahan-bahan bertanda**sampai kembang dan putih gebu..
  • Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit gaul sebati secara kaup balik.
  • Bahagikan adunan kedalam 2 bekas,adunan perlu sama banyak
  • 1 bekas masukkan pewarna hijau dan 1 bekas lagi biarkan putih.
  •  Sapukan mentega / minyak kat loyang dan masukkan bancuhan tadi mengikut kreativiti masing-masing.
  • Guna lidi untuk dapatkan corak marble
  • Bakar pada suhu 160c selama 60 minit.
  • Uji kek dengan lidi untuk pastikan ia telah masak sepenuhnya.
  • Sejukkan kek di atas besi redai sebelum dihidangkan.
  • Siap

9) Resepi Puding Marble Cantik

Resepi seterusnya ini telah dikongsikan oleh Shakirah Abu Bakar dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial. Ia merupakan puding yang dicorak seperti kek marble yang memberi rasa yang amat menarik dan sedap. Bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini amat ringkas dan cara membuatnya juga jauh lebih mudah berbanding kek. Berikut adalah bahan-bahan ayng diperlukan.

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 1 paket agar-agar serbuk (10gm)
  • 1 cawan gula/ kurangkan kalau tak suka manis
  • 2½ cawan air

Bahan B:

  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla (pilihan)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil mentega
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara – cara memasak:

  1. Masak bahan A dan kacau sehingga mendidih.
  2. Campurkan kesemua bahan B dan kacau sehingga sebati.
  3. Tapis bahan B dan masukkan ke dalam bahan A. Kacau sehingga mendidih.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan mentega. Kacau rata.
  5. Bahagikan kepada dua bekas dan satu masukkan ke dalam serbuk koko.
  6. Kacau dan tapis, lapis seperti biasa.
  7. Sejukkan dan siap!

10) Resepi Kek Marble Oren 

Resepi terakhir didalam koleksi kali ini merupakan satu kombinasi menarik antara perisa dan juga oren. Walaupun perisa oren yang digunakan didalam resepi ini hanyalah emulco namun begitu rasanya tetap sedap dan amat berbaloi untuk anda cuba sendiri. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • 100g gula pasir
  • 1 camca besar ovalette
  • 25ml pati santan/susu segar
  • 50g minyak jagung
  • 100g tepung gandum **
  • 1/2 sudu teh garam halus **
  • 1/2 sudu teh baking powder ** (** digaul & ayak)
  • 1 sudu teh orange paste
  • pewarna oren
  • 1 sudu teh esen vanilla

Kaedah

  • Putar gula + ovalette hingga rata. Masukkan telur & putar dgn kelajuan tinggi hingga kembang & pekat
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit & putar pada kelajuan perlahan.
  • Tuang minyak jagung & pati santan, gaul hingga sebati
  • Adunan dibahagi dua, satu adunan dicampur esen vanilla manakala satu lagi emulco oren.
  • Guna loyang saiz 8” bulat dan tambahkan adunan secara rawak dan corakkan marble menggunakan lidi atau garfu.
  • Bakar dlm oven 170C selama 40-60 minit bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan diatas besi redai sebelum dihidangkan.
  • Siap.

Itulah dia 10 resepi kek marble yang amat menarik dan sangat sedap. Anda boleh mencuba sendiri resepi ini kerana ianya bukan sahaja sedap tetapi juga amat menarik kerana mempunyai kepelbagaian dan juga variasi. Samada dalam bentuk kek butter, kek sponge malah  puding corak marble amat menarik apabila dipersembah didalam bentuk manisan seperti makanan pencuci mulut ini. Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan koleksi ini agar dapat dimanafaatkan oleh orang lain.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *