Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Cupcake Coklat Kukus Semua Orang Boleh Makan Sebab Sedap Sangat

Kek Cawan, salah satu kek yang amat mudah untuk disediakan serta ianya juga mudah untuk dibawa kerana saiznya yang kecil. Apabila di majlis keraian contohnya, anda tidak perlu memotong kek dan menyediakan pinggan kerana kek cawan memadai dengan saiz dan bekasnya. Kali ini, kami bawakan resepi cupcake coklat kukus khas buat anda semua.

Bagi mereka yang tidak mempunyai ketuhar, resepi ini amat sesuai buat anda. Lagipun, anda tidak perlu memanaskan ketuhar sebelum memasaknya dan ianya lebih mudah untuk disediakan. Resepi cupcake coklat kukus ini juga amat lazat, lihat sahaja coklat ganache yang melimpah, pasti disukai ramai!

Resepi ini dikongsikan oleh Azidawati Yusof dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mari kita lihat!

Resepi Cupcake Coklat Kukus

kek cawan coklat kukus
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan kering (diayak):

  • 2 cawan tepung gandum (boleh juga 1 cawan tepung gandum + 1 cawan tepung superfine)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh baking powder

Bahan basah:

  • 1 cawan gula
  • 200ml minyak masak
  • 200ml air kotak coklat
  • 3 biji telur
  • Sedikit esen vanila

Bahan topping:

  • 2 bar coklat Beryls
  • 200ml whipping cream
  • Sedikit air kotak coklat

Cara – cara memasak:

Cupcake:

  1. Satukan bahan basah dan gaulkan di dalam mixer atau menggunakan whisk.
  2. Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  3. Masukkan ke dalam acuan cupcake dan kukus selama 15 min. Siap!

Topping:

  1. Kacau topping menggunakan kaedah double boil.
  2. Tunggu topping likat dan tuang ke atas kek. Hiaskan dengan colour rice.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!