Resepi Ayam Buttermilk ( Sama Seperti Direstoran)

Masakan berasaskan ayam kali ini,merupakan masakan kegemaran anak bongsu Madam. Ayam buttermilk ini sebenarnya berasal dari India. Ayam yang digoreng kemudian dimasakkan kuahnya secara berasingan. Sesetengah tempat menggunakan krim masakan,yogurt ayamnya pula digrill seperti ayam tandori.Jadi kuahnya kering da n bukanlah seperti ayam buttermilk yang biasa didapati kini.

Menu ini juga ada dijual di restoran-restoran segera,harganya juga tidaklah murah. Oleh kerana dirumah Madam ada seorang peminat cilik menu ini, Madam ambil insiatif sendiri mencuba dan mengolah sendiri resepi ini. Kini resepi ini menjadi kegemaran kami sekeluarga, sedap dimakan dengan nasi. Biasanya Madam guna menu ini untuk masakan ringkas.

Oleh itu mari lihat dulu bahan-bahannya.

Resepi Ayam Buttermilk

Bahan utama

  • 300g isi ayam perapkan dengan sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit.

Bahan-bahan salutan tepung.

  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk sulah

Bahan-bahan hiris dan tumis

  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili api
  • 2 pelepah daun kari
  • Bahan kuah
  • 150ml susu cair

Kaedah

  • Celupkan ayam dengan separuh bahan-bahan salutan. Biarkan seketika.
  • Kemudian sebelum goreng dengan minyak panas,celup dahulu ayam tadi dengan baki tepung tadi. Asingkan.
  • Kemudian tumiskan bahan-bahan hiris tadi. Tumis sehingga layu.
  • Masukkan bahan untuk kuah dan tambahkan sedikit air. Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Akhir sekali curahkan bahan kuah diatas ayam tadi.

Siap

Masakan ini sangat sedap, mudah dan cepat disediakan. Ada sesetengah orang menambah kepingan keju. Tapi Madam tidak berapa mengemarinya. Madam paling suka masakan yang tidak terlalu menggunakan bahan yang rumit. Sesuai juga untuk dijamukan pada tetamu,terutamanya kanak-kanak. Namun cili api perlulah diasingkan supaya tidak pedas.

Terima kasih kerana melayari laman kami,jangan lupa mencuba resepi-resepi yang lain juga.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *