Resepi Kari Ayam Nyonya (Sedap Jadi Teringin)

Terdapat banyak variasi resepi kari ayam. Dari banyak-banyak resepi tersebut, kari ayam nyonya ialah antara yang ramai peminat. Maka kali ini kami akan berkongsi resepi Kari Ayam Nyonya.

Siapa tahu ada yang teringin masak kari ayam hari ini. Dengan amat berbesar hati kami hadiahkan untuk anda resepi kari ayam Nyonya yang dikongsikan oleh Ciksha Sha di laman Facebook.

Beza kari ayam nyonya dengan kari lain ialah pada kari ayam nyonya, bahan ditumis terlebih dahulu bersama ayam baru kemudian dimasukkan santan. Rasa kari nyonya enak berlemak. Dimakan bersama nasi putih, siram kuah banyak-banyak, alahai sedapnya!

Resepi Kari Ayam Nyonya

kari ayam nyonya
Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • Ayam ½ ekor,
  • Santan 1 bungkus kecil,
  • Bawang merah 6 ulas,
  • Bawang putih 4 ulas,
  • Serai 3 batang hiris,
  • Lengkuas 1 inci,
  • Halia 1 inci,
  • Kunyit hidup 1 inci,
  • Buah keras 4 biji,
  • Cili kering ikut pedas,
  • Cili besar 2,
  • Serbuk rempah daging 1 sudu besar.

Cara-cara :

  1. Blend semua bahan kecuali ayam dan serbuk rempah. Kemudian tumis bahan.
  2. Masukkan rempah kari, daun kari.
  3. Masukkan ayam. Kacau sampai wangi masuk ke dalam ayam.
  4. Masukkan santan, kentang dan daun limau purut.
  5. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kari ayam nyonya, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.