Resepi Kepak Ayam Sweet & Spicy Buat Sendiri Lagi Berbaloi

Oleh:

Resepi kali ini amat sesuai dijadikan sebagai hidangan pembuka selera atau pun sebagai makanan ringan ketika melakukan aktiviti seperti menonton bersama keluarga. Kepak ayam berperisa seperti perkongsian kali ini banyak dijual diluar dan harganya tidaklah murah. Justeru bagi anda yang ingin menghidangkan sendiri hidangan ini untuk keluarga anda Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan dalam penyedian resepi kali ini. 

Bahan-bahan

  • ½ kilo kepak ayam
  • 1 tsp serbuk onion, garlic, paprika dan halia
  • 1 tbsp sos tiram, sos cili dan sos korea

Kaedah

  • Perap kepak ayam dengan semua bahan.
  • Masak mengguna air fryer pada suhu 200c selama 20 min
  • Bila masak gaul kepak ayam dengan bahan berikut;
  • 1 tbsp minyak sawit carotino
  • 1 tbsp sos korea, sos cili dan madu
  • 1 tsp bijan (pilihan)
  • Siap!

Kepak ayam boleh didapati dipasar basah atau lebih murah di supermarket sama ada yang segar atau beku. Manakala bahan-bahan yang digunakan juga amat mudah didapati di supermarket yang sama, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]