Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Kek Chocolate Indulgence (Sedap Dan Mudah)

author name

 

Resepi kali ini merupakan resepi pencuci mulut yang mendapat permintaan yang tinggi. Kek Chocolate Indulgence ini paling popular dijual di SR. Harganya juga boleh tahan,namun sesuai lah dengan rasanya yang sangat sedap dan premium.

Tetapi kini anda boleh mencubanya sendiri,kerana kali ini Madam akan kongsikan resepi yang Madam telah cuba sendiri. Kek Chocolate Indulgence adalah kek span coklat yang diisi dengan inti chocolate mousse. Ada 2 jenis coklat yang digunakan iaitu dark chocolate dan juga white chocolate. Pembuatannya mungkin sedikit rumit, namun anda boleh mencuba resepi ini kerana ia agak mudah.

Resepi Kek Span Coklat (Cara Mudah)

Bahan-bahan

  • 250g sponge mix
  • 4 biji telur gred A
  • 60ml air
  • 60ml minyak masak
  • 2 sudu besar koko / emulco coklat

Kaedah

  • Panaskan oven selama 10min. 
  • Gris dan lapikkan loyang saiz 9” atau 8”.
  • Mula dengan kelajuan pengadun yang perlahan, pukul tepung premix dengan telur. 
  • Tambahkan kelajuannya dan pukul hingga adunan bertukar menjadi pucat dan mempunyai tekstur yang kental. Jika disentuh dengan jari ia menghasilkan konsistensi “stiff peak’.
  • Perlahankan pengadun, tambahkan air. Kemudian tambahkan semula kelajuan pengadun, terus pukul adunan sehingga ia menjadi gebu dan tutup pengadun.
  • Kaup balik serbuk koko/emulco coklat hingga sebati.
  • Akhir sekali kaup balik minyak masak.Pastikan minyak benar-benar bercampur dan sebati.
  • Tuang didalam loyang saiz 9” atau 8”. Bakar pada suhu 160c selama 40min.
  • Bila telah masak cucuk dengan lidi dulu untuk pastikan ia masak didalam dan terus terbalikkan ia atas redai bersama-sama dengan loyangnya. 
  • Biarkan sekurang-kurangnya 10 minit. Ini adalah supaya bentuk kek kekal cantik.
  • Kemudian barulah keluarkan ia dari loyang dan biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dihias.

Dark Chocolate Mousse

Bahan-bahan

  • 100gm dark compound choc
  • 100ml susu cair
  • 250ml fresh cream (jenama vivo)

Kaedah

  • Mula-mula cairkan coklat dengan teknik double boil. Tambahkan susu cair dan kacau hingga coklat sebati. Ketepikan hingga ia sedikit sejuk.
  • Kemudian pukul fresh cream hingga ia gebu dan bertanduk.
  • Kaup balik coklat tadi dengan fresh cream yang telah dipukul tadi.
  • Ketepikan.

 
White Chocolate Mousse

  • 100gm white compound choc
  • 100ml susu cair
  • 250ml fresh cream

Kaedah

  • Mula-mula cairkan coklat dengan teknik double boil. Tambahkan susu cair dan kacau hingga coklat sebati. Ketepikan hingga ia sedikit sejuk.
  • Kemudian pukul fresh cream hingga ia gebu dan bertanduk.
  • Kaup balik coklat tadi dengan fresh cream yang telah dipukul tadi.
  • Ketepikan.

Hiasan

Bahan-bahan untuk ganache choc

  • 300gm dark compound choc
  • 300gm susu cair
  • 25gm butter

Kaedah 

  • Cairkan coklat bersama butter dengan teknik double boil. 
  • Buat ketika kek yang di ‘crumb coat’ telah set, ini untuk memudahkan kek disalut coklat.

 

Cara-cara membuat kek chocolate indulgence.

  • Mula-mula potong kek kepada 3 lapisan.
  • Basahkan lapisan pertama dengan susu cair, dan letakkan dark mousse.
  • Ulangkan untuk lapisan kedua dan letakkan white chocolate mousse.
  • Akhir sekali ‘crumb coat’ dengan lebihan krimdan simpan didalam peti ais lebih kurang 1 jam.
  • Apabila kek telah ‘set’ letakkan kek diatas besi redai dan lapikkan dengan loyang. Curah chocolate ganache tadi hingga meliputi seluruh bahagian kek.
  • Simpan kek didalam petiais sekurang-kurangnya 6 jam sebelum dinikmati.

 

Kek ini mempunyai rasa yang lembab dan sangat kaya dengan coklat. Resepi mousse yang digunakan merupakan versi yang mudah. Mousse yang sebenar mempunyai gelatin, krim putar dan telur. Namun resepi ini juga menghasilkan rasa yang sedap dan setanding yang dijual dibakeri.

Oleh itu jangan lupa mencubanya mungkin untuk meraikan hari lahir yang tersayang. Selamat mencuba!

Resepi Lain Yang Menarik.

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya. Selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *