Puding karamel pelangi.. (Pelangi kah? ?)..
1st time buat & alhamdulillah menjadi..
Ambik resepi dr dalam group ni jugakk..
Ok tak otai2? Lulus tak macam ni? ??
LAPISAN GULA ATAS
-4 sudu besar gula kastor
PUDING KARAMEL
-1cwn susu cair
-1cwn susu pekat (nk kurangkan manis, boleh guna 3/4cwn)
-1sudu kecil esen vanilla
-3biji kuning telur + 2biji telur (putih+kuning)
KEK
-1 1/2 cwn (secawan setengah) tepung gandum
-1sudu kecil baking powder
****ayak bersama tepung gandum**
-1/2 cwn gula kastor
-2 sudu besar susu pekat
-1/2 cwn air
-1/4 cwn minyak masak
3biji kuning telur
MERINGUE
-6biji putih telur (dari asingan kuning2 telur tadi)
-1/2 cwn gula kastor
-1sudu kecil cream of tartar
Cara2nya
1) 4sudu besar gula tadi (utk lapisan gula atas), masukkan ke dalam loyang saiz 8inci lebar x 3inci tinggi..
2) bukak api kecik & biarkan gula mencair.. Senget2kan loyang supaya rata. Jangan lama2 sangat panaskan .. Just nampak perang sikit je..nanti pahit kalau terlajak perang..
3)ketepikan.. Kalau tetiber dengar bunyi kaca retak, abaikan. Memang macam tu
Ok. Next step kita buat meringue . Masukkan semua bahan meringue tadi dalam bekas & putarkan guna high speed ..putar sampai kental (bila kita telangkupkan bekas, adunan tak jatuh) ..
***pastikan tangan atau sudu /senduk atau bekas yg kita gunakan dlm keadaan kering**
Sementara tu, boleh masukkan dlm peti sejuk bhg beku sekejap utk pastikan takcair
Next. Kita buat bahan kek.
Masukkan semua bahan (kecuali tepung gandum & baking powder) dalam bekas & pukul sebati
. Then, baru masukkan tepung gandum & baking powder tadi..kacau sampai sebati kejap je..
Lepas tu, keluarkan meringue dr dalam freezer tadi & kaup balikkan meringue ke dalam adunan kek.. Kaup balik tu just cedok dari bawah ke atas je. Jangan kasar2 & jangan lama.. Buat sikit2 sampai abiss..ok. Setel.
Sekarang bahagikan adunan kita buat ni ke beberapa warna.. Cthnya hijau,merah,kuning.
Kacau warna pun just sekadar sebati je tau.
Ok. Next step, bahagian puding..
Satukan semua bahan & tapis masuk ke dalam loyang yg kita buat lapisan gula awal2 tadi.. Kalau dengar bunyi retak, jangan panik pulakk tauu sebab memang cenggitu.??
Warna2 yg kita bahagikan tadi, masukkan scr berselang seli ke dalam loyang..
Letak semua warna betul2 kat tengah loyang yer..
4sudu besar warna pertama..pastu,
4sudu besar warna kedua &
4sudu besar warna ketiga.
Buat sampai abis..
Okeyyy. Siap dah semuaa…
Now.. Panaskan oven selama 10minit (masa kita buat kek tadi, dah boleh panaskan)
Kita ambik 1loyang lagi (better loyang petak) yang muat masuk loyang kek kita tadi.. Masukkan air panas . Masuk suku air je kang kalau banyak melimpah pulak bile kita masukkan loyang kek. Nayoo…??
Ni namanya kaedah double boiler tau. Ala. Yg macam kita cairkan coklat buat almond london tu.. Kikikiki..
Ok. Pastu kita masukkan dalam oven. Guna suhu 160′-170′ .. Bakar guna api bawah je selama 50minit. Pastu guna api atas bawah selama 20minit..
Kalau keluar asap berkepul2 dr dalam oven time kita bakar kek ni, jangan panik pulakk tau. Memang la camtu kan sebab ada air menggelegak. ???
Ok. Dah siap, tutup api oven & renggangkan pintu oven kejap dalam 10minit sampai kek lekang dr tepi loyang..
Ok.. Siapp dah.. Dah sejuk, masukkan dalam peti sejuk. Sedap makan sejuk2 tau.. Nyummyyy..
Kalau nak share, komen share kat bawah ye..macehhh…(kalau sudi, meh la kawan ngn kiterrr) huuu.. Panjangg hakak menaip malam2 ni ???
www.saadahbakar.com
#pudingKaramelPelangi
#saadahStory
#karamel #pudingKaramel
kredit resepi kepada Nur Sha via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)