Resepi Viral Shahsuka Sempoi Masakan Timur Tengah

Oleh:

Resipi kali ini merupakan resipi viral yang berasal daripada timur tengah. Shasuka adalah sejenis masakan yang menggunakan buah tomato dan juga beberapa bahan rempah .. Tetapi yang berbezanya ia gunakan telur dan di masak separuh masak bersama dengan cheese ataupun keju mozarella. Tetapi ada juga resepi shasuka tidak menggunakan cheese. Kebiasaan nya shahsuka dimakan bersama dengan roti tetapi dalam perkongsian ini saya menggunakan wrap, berikut adalah bahan-bahannya..

Bahan-bahan

  • Bawang putih cincang
  • Daging kisar
  • Sos prego tomato,Garlic dan basil.
  • Tomato cincang
  • Daun ketumbar
  • Telur 4 biji

Kaedah

  • Panaskan kuali dan tumis bawang putih 
  • Tambah daging kisar dan masak hingga daging masak.
  • Tambah sos prego dan tomato cincang.
  • Tambah beberapa sudu keju parmesan 
  • Masak semua bahan dan tambah serbuk perasa sedikit.
  • Sediakan ruang dan tambah telur sebiji demi sebiji.
  • Tabur parutan keju mozarella dan tutup kuali sekejap.
  • Tutup api dan ia sedia dihidangkan.
  • Masakan perlu dihidang didalam kuali agar mudah untuk dicicah dengan roti.
  • Siap!

Masakan shasuka ini biasanya dimakan sebagai sarapan. Ada banyak versi shasuka  yang terdapat di internet cara yang saya gunakan ini adalah cara yang sangat mudah untuk saya kerana bahan-bahannya sedikit berbeza daripada bahan-bahan yang tersedia di rumah. Penggunaan sos Prego memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa

Tinggalkan komen di sini

[crp]