Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Agar Agar Roti Gardenia (Warna Warni Menarik Hati!)

Buntu nak buat apa dengan roti yang hampir tarikh luput di rumah anda? Apa kata anda sediakan agar – agar roti, pasti laku!

Kali ini kami bawakan resepi agar – agar roti gardenia yang berwarna warni, menarik hati dan menyedapkan khas buat anda sekalian. Walaupun rupanya warna warni, ianya tidak sukar untuk disediakan tau!

Resepi ini dikongsikan oleh Jue Rahman dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook. Jom tengok!

Resepi Agar – Agar Roti Gardenia

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 20gm agar-agar tali
  • 1 liter air

Bahan kisar:

  • 5 keping roti dicarik
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Beberapa pewarna pilihan

Cara – cara memasak:

  1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
  2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar. Masak hingga pekat.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Warnakan menggunakan pewarna pilihan.
  4. Tuang adunan yang telah diwarnakan tadi ke dalam bekas bersesuaian secara berselang-seli. Tuang perlahan-lahan. Jarakkan 10minit masa untuk menuang.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!