Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Lapis Buah Naga Versi Rendah Gula Sesuai Pesakit Diabetis

author name

Resepi yang dikongsikan kali ini merupakan satu lagi alternatif pencuci mulut yang sesuai bagi pesakit diabetis atau mereka yang sedang menjaga makan. Ini kerana bahan digunakan dialam resepi ini rendah karbohidrat namun tinggi lemak sihat. Gula yang digunakan didalam rsepi ini ialah gula dari “ monk fruit” iaitu sejenis buah yang hanya hidup dipinggiran gunung.

Manakala buah naga digunakan kerana ianya juga rendah karbo dan kurang manis. Oleh itu ia amat sesuai bagi mereka yang kencing manis. Berikut adalah bahan yang digunakan yang boleh anda dapatkan dipasaraya berdekatan..

Bahan-bahan

  • 1 pek serbuk agar-agar
  • 200g gula lakanto
  • 2tbsp tepung jagung
  • 500ml ship cream+500ml air (atau 1L santan Kara)
  • ½ biji buah naga putih (potong dadu)
  • ½ biji buah naga merah ( potong dadu)
  • 300ml air kosong

Kaedah

  • Mula-mula campurkan 1 pek serbuk agar-agar dengan 200g gula lakanto.
  • Kemudian asingkan 1tbsp campuran tadi.
  • Bakinya campur dengan tepung jagung.
  • Masukkan dalam mangkuk dan tambah krim sedikit demi sedikit.
  • Bahagikan adunan ini kepada 4 bahagian.
  • 2 bahagian kisar dengan buah naga merah, selepas kisar asingkan kembali menjadi 2 mangkuk.
  • 1 mangkuk mewakili 1 lapisan puding.

Lapisan pertama: Warna putih.

  • Masak 1 bahagian adunan putih hingga mengelegak dan masukkan dalam loyang. Biarkan ia set sebentar.

Lapisan kedua: Warna merah

  • Masak 1 bahagian adunan buah naga merah hingga mengelagak dan tuang perlahan-lahan atas lapisan pertama tadi. Biarkan ia set sebentar.

Lapisan ketiga : Jernih

  • Bila lapisan kedua telah set.
  • Campur dengan campuran agar-agar yang diasingkan mula-mula tadi.
  • Masak dengan 300ml air hingga mengelegak.
  • Sementara itu letak buah naga putih diatas lapisan kedua tadi.
  • Tuang agar-agar jernih guna senduk atas buah naga putih tadi.
  • Biarkan ia set.

Lapisan keempat : Warna merah

  • Masak 1 bahagian lagi adunan buah naga merah hingga mengelagak dan tuang perlahan-lahan atas lapisan jernih tadi tadi. Biarkan ia set sebentar.

Lapisan terakhir : Warna putih

  • Masak 1 lagi bahagian adunan putih hingga mengelegak dan tuang atas lapisan keempat tadi.
  • Biarkan ia set sebentar, baru masukkan dalam petiais sekurang-kurangnya 4 jam.

Tips: 

  • Sebelum tuang adunan puding pastikan lapisan sebelumnya telah set dan dicakar-cakar agar puding melekat pada setiap lapis.
  • Siap!

Selain dari menggunakan krim putar anda juga boleh mengggunakan santan. Santan memberi rasa yang lebih sedap kerana aromanya lebih menarikdan ia lebih murah. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.